Wednesday, September 8, 2010

Persiapan Menyambut Eidul Fitri pada 1 Syawal

Sejarah hari perayaan sebenarnya telah bermula sebelum kedatangan Islam. Ketika itu, Kota Madinah dipanggil Yathrib, sudahpn disambut hari perayaan. Menurut Anas R.A, apabila Rasulullah S.A.W berhijrah ke Madinah, Banginda menukarkan perayaan yang telah disambut sebelum ini dengan dua perayaan yang jauh lebih baik dan diberkati Allah iaitu Eidul Fitri (Hari Raya Puasa) dan Eidul Adha (Hari Raya Korban). Islam telah meletakkan garis panduan yang sempurna kepada seluruh umat Islam agar menyambut hari raya dengan menjaga segala-gala yang telah ditetapkan. Antara adab-adab tersebut ialah:-

1.BERSOLAT HARI RAYA SECARA BERJEMAAH.
Rasulullah S.A.W sentiasa melaksanakan solat hari raya secara berjemaah di padang atau lapangan terbuka. Ini akan memberi kemudahan san kesempatan kepada kaum wanita yang tidak dapat menunaikan solat hari raya kerana uzur untuk mendengar pesanan dan nasihat yang disampaikan melalui khutbah hari raya.

2. PERGI DAN BALIK DARI TEMPAT SOLAT MELALUI JALAN BERBEZA.
Disunatkan pergi dan balik dari tempat solat hari raya melalui jalan yang berlainan. Ini sebenarnya bertujuan agar kita dapat bertemu dengan lebih ramai orang yang berlainan dan memberi peluang kepada kita untuk bersalam-salaman dan memohon maaf zahir dan batin sesama kita.

3. MEMBAWA ANAK DAN ISTERI KE TEMPAT SOLAT.
Anak-anak dan isteri yang hadir bersama akan dapat mendengar peringatan dari khutbah yang disampaikan. Disamping itu dapat memberi peluang untuk anak-anak dan isteri merasa Keagungan Hari Raya dalam Islam dan saling bermaafan.

4. MENIKMATI MAKANAN SEBELUMKE MASJID.
Disunatkan di hari Raya Eidul Fitri untuk kita menikmati sedikit makanan sebelum kita menunaikan Solat Hari Raya. Ini memberi erti keizinan Syarak agar berbuka pada hari tersebut dan tidak boleh sama sekali perpuasa.

5. BERPAKAIAN CANTIK DAN KEMAS UNTUK MENUNAIKAN SOLAT.
Rasulullah S.A.W sentiasa berpakaian kemas termasuklah ketika melaksanakan Solat Hari Raya. Kita mestilah mempersiapkan pakaian tersebut lebih awal agar tidak tergopoh-gapah menjelang pagi 1 Syawal. Kita tdak dibenarkan sama sekali mengejek orang lain yang berpakaian lusuh kerana yang paling utama ialah kita kemas dan bersih bagi meraikan hari kemenangan kita.

6. MEMPERBANYAKKAN BACAAN TAKBIR.
Sejak malam hari Eidul Fitri iaitu selepas magrib sehingga imam datang untuk memulakan solat pada hari raya, umat Islam disunatkan memperbanyakkan bacaan takbir. Seharusnya umat Islam jangan terlalu di sibukkan dengan aktiviti persiapan raya sehingga meninggalkan peluang takbir ini. Ini adalah penting bagi meninggikan syiar Islam selain kaliamah Takbir tersebut amat dibenci oleh Syaitan.

7. MENGUCAPKAN SELAMAT DAN MENDOAKAN ANTARA SATU SAMA LAIN.
Apabila bertemu antara satu sama lain, hendaklah berjabat tangan dan mendoakan kebaikan dan diterima segala amalan yang dilakukan di Ramdhan. Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang baik. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman Baginda S.A.W ialah "Taqabbalallahu minna wa minkum" ertinya : "Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat sepanjang di bulan Ramadhan) daripada kami dan juga kamu"

8. MEMPERBANYAKKAN ZIARAH
Disamping ziarah dapat merapatkan silaturrahim, ia juga berperanan untuk mengangkat kesusahan yang dialami oleh orang lain. Dengan ziarah kita dapat mengetahui keadaan dan latar belakang saudara kita yang lain, khasnya pada hari Raya kita dapat membantu memberi kegembiraan kepada mereka yang susah.

*IMPORTANT NOTICE
- BEBERAPA KESALAHAN YANG BERLAKU DI HARI RAYA YANG DIANGGAP BIASA
Islam telah menggariskan adab-adab serta hukum yang tertentu dalam kehidupan. Keadaan ini kadang-kadang dipandang remeh khususnya dalam menghidupkan suasana hari raya. Antara kesalahan tersebut ialah:-

~ Berjambat tangan serta bersalaman di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika menziarahi rumah jiran dan rakan. Golongan yang tidak berumur tidak menegur golongan muda-mudi akibatnya mereka bersalam seolah-olah tidak ada batasan Syariat di hadapan mata kedua ibu bapa.

~ Had aurat yang dipandang kecil. Ketika berkumpul beramai-ramai, banyak lesalah yang melibatkan aurat diabaikan. Sebagai contoh adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah. Begitu juga tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat sehingga membolehkan abang ipar atau ipar lelaki melihat aurat yang terdedah.

~ Kaum wanita yang memakai wangian dan solekan melampau (ala artis) di musim perayaan lalu keluar dari rumah dan mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram.

~ Pakaian Wanita yang mendedah aurat dan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai. Kadang-kadang aurat telah ditutup, tetapi anggota badan NAMPAK dengan jelas.

dipetik dan diubahsuai dari risalah al-irsyad
terbitan Dewan Ulamak PAS Negeri & Lajnah Tarbiah
Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan

Monday, September 6, 2010

UCAPAN AIDILFITRI MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH SAW

~~~~~~~~~~ TAQABBALALLAHU MINNAA WA MINKUM~~~~~~~~~~~

Menjelang tibanya Syawal tidak lama lagi, pastinya kita sering menerima ucapan selamat dari ahli keluarga, sanak-saudara dan juga teman-teman. Bermacam-macam cara. Ada yang terlalu ringkas ucapannya, ada yang mengarang pantun (baik pantun serius mahupun pantun bernada gurau senda), dan ada juga yang mengucapkannya melalui ungkapan yang sangat puitis. Hakikatnya, semuanya mahu bermesra dan bergembira di hari kemenangan. Kemenangan setelah berjaya menjalani ibadah puasa selama sebulan di bulan Ramadhan. Justeru itu, sempena hari Lebaran, umat Islam akan memberi ucapan selamat kepada sesama Muslimin.

~~~~~~~~~~TAQABBALALLAHU MINNAA WA MINKUM~~~~~~~~~~

Rata-ratanya kesemua ucapan yang diberikan berbentuk doa dan lafaz maaf. Sungguh, tidak dinafikan, bagus sekali amalan sebegini. Tetapi adalah lebih bagus sekiranya ucapan selamat yang kita berikan itu berpandukan sunnah.

Persoalannya di sini, bagaimanakah ucapan selamat yang dilakukan Nabi dan para sahabat sempena menyambut Aidilfitri? Berkata Al-Hafidz Ibnu Hajar [Fathul Bari 2/446]: “Dalam ‘Al-Mahamiliyat’ dengan isnad yang hasan dari Zubair bin Nufair, ia berkata (yang maksudnya): Para sahabat Nabi SAW apabila bertemu pada hari raya, maka berkata sebahagian mereka kepada yang lainnya, “Taqabbalallahu minnaa wa minkum” (Semoga Allah menerima dari kami dan dari kamu semua).” Ibnu Qudamah dalam “Al-Mughni” (2/259) menyebutkan bahawa Muhammad bin Ziyad berkata: “Aku pernah bersama Abu Umamah Al-Bahili dan selainnya dari kalangan sahabat Nabi SAW. Mereka apabila kembali dari solat eid berkata sebahagiannya kepada sebahagian yang lain, “Taqabbalallahu minnaa wa minka” (Semoga Allah menerima dari kami dan darimu).

Begitulah ungkapan selamat yang diajarkan oleh Nabi kepada para sahabat. “Menerima” dalam ungkapan tersebut bermaksud menerima segala amal dan ibadah yang kita lakukan ketika di bulan Ramadhan.

Sunday, August 29, 2010

Fasa ke 3 dan fasa yang terakhir~

Bulan Ramadhan hanya tinggal 10 hari saja lg... Gunakan sebaik mungkin hari-hari terakhir ini untuk kita mencari keredhaanNya dan mendapat pembebasan dr api neraka atau memerdekakkan diri kita kepada Allah s.w.t

Saturday, August 28, 2010

Syarat Untuk Menjadi Hamba Allah s.w.t

Hanya 4 perkara yang perlu kita buat untuk menjadi hamba kepada Allah s.w.t atau ianya sebagai syarat sebagai hamba...

1) Sentiasa bertaubat - kita hendaklah sentiasa bertaubat kepadaNya di atas segala perbuatan yang kita lakukan kerana kita sebagai manusia biasa tidak akan lari dari melakukan dosa samada dosa kecil mahupun dosa besar. Tidak kira ia berlaku atau dilakukan dalam kita sedar atau tidak sedar.

2) Sentiasa memohon doa - kita perlu sentiasa memohon doa kepadaNya, kerana hanya kepada Allah s.w.t shj kita mampu meminta pertolongan... Berdoalah kepadaNya selagi kita diberi peluang dan kesempatan untuk berdoa...

3) Sentiasa bersyukur - seperti mana yang kita tahu, bersyukur tidak boleh lari dari edup kita.. kita perlu sentiase bersyukur

4) Sentiasa redha dengan ketentuan Allah - sentiap dugaan dan cabaran dari Allah s.w.t samada ada dugaan hidup y baik atau sebaliknya.

InsyaAllah, kita akan menjadi hamba sebenar kepada Allah s.w.t

cinta




Ada kekasih yang membuktikan cintanya dengan jutaan kalimat pujian dan rayuan..

Ada pula dengan sikap nan penuh kasih..

Tak sedikit dengan pengorbanan yang meluluh lantakkan harga diri..

Ada pula dengan menguras tenaga dan materi..

Namun bagiku..Aku mencintaimu dengan menundukkan wajahku padamu,bukan karena ku ingin berpaling darimu,tapi karena ku ingin menjaga pandanganmu dari panah-panah iblis..

Ku mencintaimu dengan tidak melemah lembutkan suaraku padamu,bukan karena aku ingin menyakitimu,namun karena aku ingin menjaga hatimu dari bisikan syaitan yang menipu..

Ku mencintaimu dengan menjauh darimu,bukan karena ku membencimu,namun karena ku ingin menjagamu dari khalwat yang menjebak..

Ku mencintaimu dengan menjaga dirimu dan diriku..Menjaga kesucianmu dan kesucianku..Menjaga kehormatanmu dan kehormatanku..Menjaga kebeningan hatimu dan hatiku..

Cinta..Tak mengapa saat ini kita jauh,karena kelak Allah yang akan menyatukan kita dalam ikatan sucinya..Karena itu jauh lebih berarti..Jauh lebih abadi..

Karena ku yakin..Janji Allah adalah pasti,wanita yang baik untuk laki-laki yang baik..

Seperti inilah ku mencintaimu..Dengan menjaga kesucian diri, jiwa, dan hatiku..Hanya untuk ku persembahkan padamu kelak..

Oleh karena itu cinta..Jaga kesucian cintamu juga hanya untukku..

Yaa Rabb,,pada-Mu ku titipkan cintaku padanya.. ..

By: Widyastuty Alif Amrollah..

Wednesday, August 25, 2010

bERpantuN La pULak. hehehe


Salam dihulur kasih diterima,
Agar ikatan terjalin mesra,
Syaaban berlalu Ramadhan menjelma,
Tingkatkan amalan hadkan selera…

Hubungan terikat sesama manusia,
Hati bertaut rasa dikongsi,
Nafsu disekat elakkan dosa,
Hati disuci pelbagai dimensi…

Bukan mudah menahan diri,
Bukan sukar mengawal situasi,
Tekadkan nurani tegarkan diri,
Ingatlah Yg Maha Melihat sentiasa di sisi…

Selera dijamah sebelum Subuh,
Azan Maghrib tanda berbuka,
Sebulan cuma Ramadhan berlabuh,
Mohon berkat selagi mata terbuka…

Siang bertahan menghitung waktu,
Terawih tak lupa di malam hari,
Mahmudahkan diri setiap waktu,
Walau Ramadhan kan pergi esok hari...

Puasa~~~


Semalam isu hangat di Facebook mengenai seorang anak Melayu yang menghina puasa di status Facebook beliau serta mendapat sokongan kawan-kawannya yang kononnya moden sangat. Kesian pada budak ni mungkin dia kurang diberi didikan awal agama oleh ibu bapanya yang kaya harta dunia tetapi terlupa nak hantar anaknya belajar agama.

PUASA memiliki banyak hikmah dan manfaat untuk tubuh, ketenangan jiwa, dan kecantikan. Semasa berpuasa, organ-organ tubuh dapat beristirehat dan sel dalam tubuh boleh berkumpul untuk bertahan. Puasa juga boleh mengeluarkan kotoran, toksin/racun dari dalam tubuh, meremajakan sel-sel tubuh dan menggantikan sel-sel tubuh yang sudah rosak dengan yang baru serta untuk memperbaiki fungsi hormon, menjadikan kulit sihat dan meningkatkan daya tahan tubuh kerana manusia mempunyai kemampuan terapi secara semulajadi.

Puasa dapat membuat kulit menjadi segar, sihat, lembut, dan berseri. Kerana setiap saat tubuh mengalami metabolisme tenaga, iaitu peristiwa perubahan dari energi yang terkandung dalam zat gizi menjadi tenaga potensi dalam tubuh. Sisanya akan disimpan di dalam tubuh, sel ginjal, sel kulit dan kelopak mata serta dalam bentuk lemak dan glikogen.


Beberapa cendekiawan telah melakukan beberapa ujian tentang puasa diantaranya secara ringkas dibawah ini:

1. Allan Cott, M.D.,Seorang pakar dari Amerika Syarikat, telah menghimpun hasil pengamatan dan penelitian para ilmuwan berbagai negara, lalu menghimpunnya dalam sebuah buku Why Fast iaitu berbagai hikmah puasa, antara lain: a. To feel better physically and mentally (merasa lebih baik secara fizikal dan mental).b. To look and feel younger (merasa lebih muda).c. To clean out the body (membersihkan badan)d. To lower blood pressure and cholesterol levels (menurunkan tekanan darah dan kadar lemak.e. To get more out of sex (lebih mampu mengendalikan seks).f. To let the body health itself (membuat badan sihat dengan sendirinya).g. To relieve tension (mengendurkan ketegangan jiwa).h. To sharp the senses (menajamkan fungsi sense).i. To gain control of oneself (memperolehi kemampuan mengendalikan diri sendiri).j. To slow the aging process (memperlambat proses penuaan).
ebook fast Antara buku tulisan Allan Cott, M.D berkaitan puasa.

2. Dr. Yuri Nikolayev
Pengarah bahagian diet di Moscow menilai kemampuan untuk berpuasa yang mengakibatkan orang yang menjalaninya boleh menjadi awet muda, sebagai suatu penemuan (ilmu) terbesar abad ini. Beliau mengatakan: what do you think is the most important discovery in our time? The radioactive watches? Exocet bombs? In my opinion the bigest discovery of our time is the ability to make onself younger phisically, mentally and spiritually through rational fasting. (Menurut pendapat anda, apakah penemuan terpenting pada abad ini? Jam radioaktif? Bom exoset? Menurut pendapat saya, penemuan terbesar dalam abad ini ialah kemampuan seseorang membuat dirinya tetap awet muda secara fizikal, mental, dan spiritual, melalui puasa yang rasional).

3. Alvenia M. FultonDirektor Lembaga Makanan Sihat “Fultonia” di Amerika Syarikat menyatakan bahawa puasa adalah cara terbaik untuk memperindah dan mempercantik wanita secara semulajadi. Puasa menghasilkan kelembutan pesona dan daya pikat. Puasa menormalkan fungsi-fungsi kewanitaan dan membentuk kembali keindahan tubuh (fasting is the ladies best beautifier, it brings grace charm and poice, it normalizes female functions and reshapes the body contour).

4. Muzam MG, Ali M.N dan HusainBerpendapat bahawa puasa juga selamat untuk pesakit yang mempunyai gangguan ulser. Penelitian dilakukan oleh Muzam MG, Ali M.N dan Husain dalam tindakan terhadap kesan puasa ramadhan terhadap sakit perut.

5. Elson M. Haas M.D.Direktor Medical Centre of Marin (sejak 1984) mengatakan dalam puasa merupakan bahagian dari trilogy nutrision, balancing, building( toning). Elson percaya bahwa puasa adalah bahagian yang hilang “missing link” dalam diet di dunia barat. Kebanyakan orang di barat over eating atau terlalu banyak makan, makan dengan protein yang berlebihan dan lemak yang berlebihan. Sehingga ia menyarankan agar orang lain mulai mengatur makanannya agar lebih seimbang dan mulai berpuasa, kerana puasa bermanfaat sebagai: purifikasi, peremajaan, istirahat pada organ pencernaan, anti aging, mengurangi alergi, mengurangi berat badan, mengawal mental dan emosi, perubahan kebiasaan dari kebiasaan makan yang buruk menjadi lebih seimbang dan lebih terkawall, meningkatkan daya tahan tubuh.
Puasa dapat mengubati penyakit seperti Influeza, bronkitis, diare, konstipasi, alergi makanan, asma, aterosklerosis, penyakit jantung koroner, hipertensi, diabetes, obesitas, kanker, epilepsi, sakit pada punggung, sakit mental, angina pectoris (sakit dada kerana jantung), panas dan insomnia.

6. Dr Sabah al-Baqir dan kawan-kawanMengatakan bahawa puasa dapat mengurangi jumlah hormon melawan stress. Dia bersama kumpulan dari Falkuti kedoktoran Universiti King Saud yang melakukan studi terhadap hormon prolaktin, insulin dan kortisol, pada tujuh orang laki-laki yang berpuasa sebagai sampel. Hasilnya bahawa tidak ada perubahan signifikan pada level kortisol. Prolaktin, dan insulin. Ini menunjukkan bahawa puasa bulan ramadhan bukanlah pekerjaan yang memberatkan, dan tidak mengakibatkan tekanan mental maupun saraf.

7. Dr Riyadh Sulaiman dan kawan-kawanTahun 1990 dari RS Universiti King Khalid, Riyadh Saudi melakukan penelitian terhadap pengaruh puasa Ramadhan terhadap 47 penderita diabetes tahap kedua (pesakit yang tidak tergantung insulin). Dan sejumlah orang sihat. Hasil penelitian menunjukkan bahawa puasa bulan ramadhan tidak menimbulkan penurunan berat badan yang signifikan. Tidak ada pengaruh apapun yang bererti pada kawalan penyakit diabetes diabetes dikalangan penderita ini. Sejauh ini puasa Ramadhan selamat sahaja bagi penderita diabetes sejauh dilakukan dengan kesedaran dan kawalan makanan serta ubat-ubatan.

8. Dr. Muhammad MunibDan kawan-kawan dari Turki juga melakukan sebuah kajiselidik terhadap seratus responden muslim, Sampel darah mereka diambil sebelum dan diakhir bulan ramadhan, untuk dilakukan analisis dan pengukuran terhadap kandungan protein, total lemak (total lipid), lemak fosfat, asam lemak bebas, kolesterol, albumin, globulin, gula darah, tryglycerol, dan unsur-unsur pembentuk darah lainnya, dan didapat, antara lain bahwa terjadi penurunan umum pada kadar gula (glukosa) dan tryacyglicerol orang yang berpuasa, terjadinya penurunan parsial dan ringan pada berat badan, tidak terlihat adanya aseton dalam urin, baik dalam awal maupun akhir puasa, sebab sebelum puasa ramadhan, kenyataan ini menegaskan tidak adanya pembentukan zat-zat keton yang berbahaya bagi tubuh selama bulan puasa islam, Dengan keutamaan puasa, glikogen dalam tubuh mengalami peremajaan, memompa gerakan lemak yang tersimpan, sehingga menghasilkan energi yang lebih meningkat.
Sejak zaman dulu puasa dipakai sebagai pengubatan yang terbaik seperti kata Plato bahwa puasa adalah untuk mengubati sakit fizikal dan mental. Philippus Paracelsus mengatakan bahwa “Fasting is the greatest remedy the physician within!”

Puasa sudah diakui menjadi penyembuh terhebat dalam menangani penyakit, bahkan di Amerika ada pusat puasa yang diberi nama “Fasting Center International, Inc”, Director Dennis Paulson yang berdiri sudah sejak 35 tahun yang lalu, dengan pesakit dari 220 negara. Yang mencadangkan Puasa dalam:(1) program penurunan berat badan,(2) mengeluarkan toxin tubuh,(3) puasa dapat memperbaiki energy, kesehatan mental, kesehatan fisik dan yang paling terpenting meningkatkan kualiti hidup.

Tuesday, August 24, 2010

Ar-Rabbani...


Ramadhan adalah surau atau madrasah untuk kita membimbing diri kita dan orang lain untuk menjadi lebih baik dalam meningkatkan amal ibadah sebagai mana yang dikehendaki olehNya. Ar-Rabbani merupakan insan yang bertuah kerana ia sangat dekat dengan Allah s.w.t. Kita manusia biase ini adakah layak untuk bergelar Ar-Rabbani??? Pernahkah terlintas dibenak fikiran kita ini untuk menjadi insan yang bergelar Ar-Rabbani??? Sempena dengan Ramadhan yang penuh keberkatan dan kemuliaan ini marilah kita sama-sama merenung sejenak tetang apa yang kita lakukan pada setiap saat, setiap minit, setiap jam, setiap hari, setiap minggu dalam Ramadhan dan sehingga tamatnya Ramadhan. Pernahkan hati kita ini bertanya, adakah kita ini beribadah di bulan Ramadhan kerana Allah atau menjadi hamba kepada Ramadhan??? Di bulan Ramadhan manusia akan tekun berusaha melakukan segala kebaikan samada yang wajib mahupun yang sunat. Mereka berlumba-lumba untuk memastikan mereka tidak terlepas dari melakukan kebaikan seperti berpuasa, membaca al-Quran sehingga tamat 3o juz, bersedekah, memberi makan kepada orang yang berpuasa serta banyak lagi perkara kebaikkan yang dilakukan. Masjid-masjid dan surau-surau sentiasa mendapat tetamu. Tetapi mengapa perkara-perkara dalam melakukan kebaikan ini tamat setelah syawal menjelma. Adakah kerana Ramadhan kita melakukan semua ini atau kerana Allah s.w.t. Insan yang bergelar Ar-Rabbani adalah manusia yang sentiasa mendalami setiap apa yang dilakukan adalah kerana Allah semata-mata. Ramadhan akan dijadikan bulan untuk meningkatkan amal ibadat kerana Allah menjanjikan Ramadhan adalah bulan untuk melipatgandakan pahala, sesiapa yang melakukan perkara yang sunat akan disamakan dengan pahala yang wajib, manakala yang melakukan perkara wajib akan dilipatgandakan pahalanya bergada-ganda.. Insan yang bergelar Ar-Rabbani akan mengekalkan amalannya walaupun Ramadhan sudah tamat dan melakukan secara Istiqamah, iaitu secara berterusan. Janganlah kita manjadi hamba kepada Ramadhan, tetapi kita perlu menjadi hamba kepada Allah s.w.t. Ramadhan akan pergi meninggalkan kita, tetapi Allah s.w.t tidak akan meninggalkan kita, malah Allah akan membawa Ramadhan kepada kita pada tahun akan datang. Marilah kita sama-sama mendalami dan semakkan didalam hati serta ikhlas dengan setiap apa yang dilakukan, segala-galanya adalah kerana Allah s.w.t. InsyaAllah semoga kita semua tergolong dalam golongan insan yang bergelar Ar-Rabbani.. amin

Monday, August 23, 2010

Nyawa Tunjang Segala-galanya~



Empat perkara yang perlu sentiasa kita ingat

1. Umur - Sepanjang umur hidup kita ini, adakah kita menggunakan sepenuhnya masa umur kita kepada perkara yang di suruh oleh Allah dan Rasul kita. Adakah kita melakukan perkara yang disukai oleh Rasul kita??? Tidak takutkah kita pada apa yang kita lakukan sepanjang hayat kita ini.?? Kita tidak boleh lari walaupun sesaat masa yang kita gunakan semasa didunia ini daripada diSOAL di akhirat kelak oleh Allah s.w.t.

2. Ilmu - Sejauh mana kita pernah mendalami ilmu-ilmu Allah dan adakah kita menggunakan ilmu tersebut dengan cara yang betul iaitu ke jalan Allah s.w.t. Adakah ilmu yang kita perolehi selama ini kita berkongsi sesama kita demi Allah??? Kita juga tidak boleh lari daripada diSOAL tentang ilmu yang kita perolehi dan cara kita menggunakannya.

3. Akal Fikiran - Adakah kita sentiasa memikirkan tentang kehebatan Allah s.w.t dgn segala ciptaanNya dimuka bumi ini. Pernahkah kita berfikir untuk sentiasa taat pada perintahNya serta meninggalkan segala laranganNya. Sejauh mana kita memikirkan yang setiap amalan yang kita lakukan diterima olehNya???

4. Harta benda - Bagaimana kita menggunakan harta benda yang kita ada?? Adakah kita menggunakan kepada jalan Allah?? Pernahkah kita berkongsi harta yang kita ada kepada yang memerlukan dan memberi kepada mereka untuk HAK mereka seperti mana yang disarankan di dalam agama kita. Jika kita terlepas dari membahagikan harta kepada yang sepatutnya menerima HAK mereka semasa kita masih hidup ini. Apa yang boleh kita lakukan jika mereka MENUNTUT hak mereka di akhirat nanti.

Inilah yang boleh dikatakan nyawa tunjang segala-galanya, selagi kita bernyawa, selagi itu kita akan mempunyai umur. Dengan umur yang ada ini mampu membawa kita untuk mencari ilmu samada ilmu dunia atau ilmu akhirat. Melalui ilmu kita akan menggunakan akal fikiran kita untuk kehidupan kita samada untuk ke arah kebaikan atau sebaliknya. Meraka yang mempunyai ilmu dan akal fikiran yang sempurna akan mencari harta benda untuk kehidupan harianya. Itulah yang berlaku dalam kehidupan sebagai makhluk yang bergelar manusia. Sekadar untuk renungan bersama, Ramadhan pembawa berkat. Marilah kita meningkatkan amalan kita dan memperbaiki segala yang silap agar kita tidak terus terlanjur selagi Ramadhan bersama kita sebelum ia meninggalkan kita. salam

Bersedia Menjaganya...

Bersedia ek?? bersedia untuk ape ek?? jom sama-sama duk santai-santai sambil baca ape y dikatakan untuk bersedia menjaganya..


Keikhlasan?? ape benda ni ek?? myb smua tau ape maksudnya, tp sejauh mana kita memahami dan mendalami erti sebenar keikhlasan ni... mlm ni tazkirah dari seorng ustaz lps solat sunat terawih td menekankan bout penjagaan dan keikhlasan... Penjagaan n keikhlasan utk ape?? klu menulis di bulan Ramadhan ni xde benda len la aku nk ckp, mesti pasl amalan dan ibadah kita. Di bulan Ramadhan ni semua orang akn melakukan ibadah kpd Allah s.w.t dengan lbh tekun n berusaha, klu boleh sebyakkan mungkin ibadah nk dibuatnya. So ape y aku nk kongsi mlm ni hasil dr tazkirah Ustaz mlm ni ialah keiklasan dalam beribadah.. Aku akui semua manusia di muka bumi ini y berstatus Islam akn beribadah untuk Allah s.w.t,m tp sejauh mana keikhlasannya?? sejauh mana kita menjaga ibadah kita tu?? Ustaz td cakap, ramai dikalangan orang islam y tau melakukan ibadah, tp xtau menjaganya.. perlu ke kita ni jaga ibdah kita?? persoalannya kenapa kita perlu jaga semua tu... Sudah pasti jawapannya supaya ibadah y kita lakukan ni TAK SIA-SIA... Kita hanya tau beribadah, tau menambahkan ibadah kita sampai satu tahap kita sdri xlarat nak buat.. Tp pernah kita terpikir di benak fikiran kita ni sejauh mana kualiti ibadah kita, brapa byk Allah trime ibadah kita.?? Bab kata Ustaz td, kita beribadah, tp xjaga ibadah kita ni, umpama mengumpul duit dlm saku y bocor. Duit bukan main byk masuk lam saku, tp xda apa. ZERO.. terpikir ke kita tuk semua tu.. sebelum ni aku sdri pn xterpikir pasl ni...

So Ustaz ckp, untuk memastikan apa y kita lakukan ni xbocor atau sia2 je.. marilah sama2 kita fikir dan memperbaiki amalan dan ibadah kita ni supaya ianya satu ibadah y berkualiti. Allah s.w.t tidak mengambil kira tetang kuantiti ibadah kita, tp mengambil kira KUALITI dan KEIKLASAN ibadah kita kpdNya, katanya Ustaz.. Dalam memperkatakan mengenai KEBOCORAN ibadah kita ni, byk faktor dan sebab2nya. (ceh, mcm ayat karangan BM la plak aku ni.. hehehe) the important tuk ngelak dr berlaku kebocoran ni, kita jgnlah wt benda y dilarang olehnya.. myb kita xwt maksiat, myb kita xmembunuh, myb kita xcuri brng org... tp y aku nk ckp psl benda2 y simple n kita xsedar benda y kita duk wt ari2 ni punca berlakunya KEBOCORAN ibadah kita ni. contoh la, for guy, pakai gelang tangan (igt, walaupn budaya kita sekarg ni mcm xde ape2, tp setiap saat gelang y ada kt tgn kita ni (lelaki) kan menghasilkan dosa.. xkire la gelang getah ke, perak ke, emas ke, pakai sebab perubatan ke, or paper je.. y penting islam melarang lelaki memakai perhiasan wanita, padahal benda tu simple je..), pastu pakai seluar pendek.. dah jd perkara biase jgk kan tuk kita, aurat lelaki pusat ke lutut sj, bukn duk tayang peha kt org len sampai memperlihatkan aurat, tmbh2 kt aweks, maklum la, skrg ni semua maen futsal, bwk aweks... nasib baek aku xde aweks. hehehe . n byk lg la benda2 simple bg laki kita wt xendah je. For Gilz.. umm.. bila aku ckp psl aurat myb korng dh leh pikir sdri la kan... y aku tgk skrg makin menjadi2 kt remaja popuan MELAYU ISLAM kita ni suke sangat pakai seluar pendek n pakai singlet (klu betis n paha tu licin xpe la jgk, ni tompok sana, tompok sni, ckp kurat kang marah..).. mcm apek jual sayur lak aku tgk.. hish.. y pakai tudung pn pakai baju ketat, seluar ketat.. hish.. nampk bentuk tubuh badan tuu.. bkn kata aku, lebai pn tercabut kopiah nengok nya.. pastu golongan laki n wanita sekarang ni, suka sgt bersalaman... klu bkn muhrim, hukumnya tetap haram.. igt, setiap sentuhan antara lelaki dan wanita tanpa ikatan atau pertalian persaudaraan y sah adalah HARAM. dh byk aku duk merepek ni... lastly Ustaz ckp, benda y selalu berlaku dalam kehidupan kita ni xkire laki ke popuan suke bersangka buruk pada orang.. bab kata org xleh tgk org senang ckit, mule pikir bukan2 r, orang buat ni xkena, buat tu xkena.. suke jaga tepi kain orang la katakan.. pastu mula la mengumpat sama sdri. laki popuan sama je.. Paper pn sempena bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan dan kerberkatan ni, marilah sama-sama kita mempersiapkan diri kita ini dan sentiase bersedia menjaga amalan dan ibadah kita serta IKHLAS melakukannya kerana Allah s.w.t dan semoga amalan kita selama ini dtrima olehNya.. amin



Salam Ramadhan al-Mubarak


Semoga amalan kita semua dberkati & dterima oleh Allah s.w.t sempena Ramadhan al-Mubarak.

Sekadar berkongsi dan sebagai peringatan kepada kita sesame islam. Jibril telah mendoakan agar Allah s.w.t tidak menerima amalan puasa 3 golongan di bulan Ramadhan dan Rasulullah s.a.w telah mengaminkanya. 3 golongan tersebut ialah

1) Golongan anak-anak yang tidak memohon maaf kepada ibu bapa mereka, sedangkan ibu bapa mereka masih hidup.

2) Golongan isteri yang tidak memohon maaf kepada suami mereka

3) Golongan jiran tetangga yang tidak bertegur sapa dan tidak memohon maaf sesama mereka.

Sama-samalah kita memohon maaf dengan orang sekeliling kita terutama kepada ibu bapa kita agar amalan puasa kita di bulan Ramadhan yang penuh kerberkatan ini diterima oleh Allah s.w.t. Saya ingin memohon maaf kepada semua sahabat jika ada salah silap sepanjang persahabatan kita... wa’allahula’lam...amin...

Tuesday, June 22, 2010

Kangen Band – Bintang 14 Hari


14 hari ku mencari dirimu

untuk menanyakan dimanakah dirimu

14 hari ku datangi rumahmu

agar engkau tahu tertatihku menunggumu


aku kangen sama kamu

apa kamu udah gak sayang aku


maafkanlah aku lari dari kenyataan

bukan karena aku tak punyai rasa sayang

maafkanlah aku mencoba tuk berlari

karena satu hati engkau pasti kan mengerti


* kamu pacar terbaikku

walau hanya sekejab di hatiku


reff:

mengapa hanya sekejab saja

ku merasakan indahnya dengan dirimu

mengapa hanya untaian kata

ku rasa tiada sempurna cerita cinta kita


repeat reff [2x]

Sunday, April 18, 2010

Wanita Solehah...



Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh.
Manakala dosa gadis bujang di tanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa ank perempuan yg belum berkahwin dan dosa ank lelaki yg belum baligh.

Beratkan?

Hukum menjelaskan ank laki kena tanggungjwb ke atas ibunya
Dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya,
maka berdosa baginya terutama Anak laki yg tua,
manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat pada suaminya.

Isteri berbuat baik,Pahala dapat kepadanya,
kalau isteri buat benda tak baik,
mcm tak menutup aurat dgn sempurna,
Dosanya di tanggung oleh suami.
Beratkan??

Suami kena bg nafkah pada isteri, ni wajib tapi isteri tidak.
Tapi isteri boleh Bantu untk ringankan beban suami.
HARAM bagi suami bertanyakan pendapatan isteri,
Lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izinnya.

Banyak lagi laki, lebih-lebih lagi bila dah bergelar SUAMI.
Suami kena tanggung.
Kalau nk di bayangkan beratnya,
Dosa-dosa yg perlu ditanggung seperti gunung dan semut.

Sebab tu mengikut kajian,nyawa org perempuan lebih
Panjang dari laki. Laki mati cepat sebab dah tak larat nak tanggung dosa yg beratnya (sekadar pendapat sendiri )

Wanita..- Auratnya lebih susah dijaga berbanding laki.
- Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar dari rmh.
- Saksinya kurang berbanding laki.
- Perlu menghadapi ksusahan mgandung dan melahirkan ank.
- Wajib taat kpd suami tapi suami tak perlu taat kpdnya..cume suami la kena consider.
- Talak terletak di tgn suami
- Wanita kurg beribadah kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pd laki.

PERNAHKAH KITA TGK SEBALIKNYA??

~Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat.
~Sudah pasti permata tidak akn dibiarkan bersepah-sepah bkn?
itulah bandingannya dgn seorg wanita.
~Wanita perlu taat kpd suami tetapi laki wajib taat kpd ibunya 3kali lebih utama daripada bapanya.
~Bukankan ibu adalah seorg wanita?
~Wanita menerima harta pusaka kurg dari laki,Tapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kpd suaminya,manakala laki perlu menggunakan harta pusaka ituuntk menyara anak-anak dan isteri.
~Wanita perlu bersusah-payah untk mengandung dan melahirkan anak,tapi setiap saat dia di doakan oleh segala haiwan,malaikat, dan seluruh mahluk ALLAH SWT di muka bumi dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil.
~Manakala dosanya di ampunkanOleh ALLAH SWT..
~Seorang wanita boleh masuk pintu syurga melalui mana-mana pintu syurga yg di sukainya cukup dgn empat syarat shj :

-Sembahyang lima waktu
-Puasa di bulan Ramadhan
-Mentaati suami
-Menjaga kehormatannya

~Seorang laki perlu pergi berjihad fisabilillah tapi wanita jika taat kpd suaminya serta menunaikan tanggungjawbnya kpd ALLAH SWT akanturut menerima pahala seperti pahala orang berperang Jihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH! Sayangnya ALLAH pada wanita..
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang laki,tanpa wanita, laki tidak akn wujud di muka bumi ni..tanpa wanita kuat tidak wujud pemimpin yang bwrwibawa,tanpawanita tidak wujud lelaki yg beriman..tapi,ingatlah wahai lelaki, wanita itu juga merupakan fitnah dunia..

Tuesday, March 30, 2010

Planing for to day...


hah... tu dia... esk kna planning btol ni cmner.. bkn ape, esk kna datang kolej la... bkn attend da clas.. tp kna datang dgr ceramah... sbb esk kt kolej aku ade Seminar Gerak Usahawan Siswa... nk xnk kna datang la... setahu aku, penceramah yang datang esk pn y power... bkn power rangers.. ni btol2 org business datang bg talk esk... klu xdgr rugi ni... tp klu nk igtkan blik shari lam dewan agak membosankan... aku akan try y terbaik... isnyaAllah mana tau kan klu aku pergi n join da ceramah boleh aku guna ilmu tu tuk business aku akn... gud2.. hehehe.. paper pn aku mesti plan btol2 utk esk.. so aku pn harap member2 aku y len pn ade skali nga aku esk... klu ade geng lam dewan tu best la jgk kan... xde la bosan sgt... klu penceramah y bg talk tu terbaek n pandai ambik hati audion mmg xbosan la... so selamat mendengar... hehe dan selamat beramal.. salam

Sunday, March 28, 2010

The pic timeku bizie~~~

Hype, sorie... lame dh mendiamkan dri ni... aku agak bizie la sebulan 2 ni, biase la... byk pojet masuk... hahaha... aku je xmasyuk2 ag... jengjengjeng... xde ape y nk story ag ni... just nk shre da pic spjang kesebokkan aku ritu... salam... bubuy...

ni time on the way g Melaka, sggah jap kt R&R... isi perut n sempat posing jap

dekat medan selera Umbai Melaka.. sempat ag main lompat2 ni.. hehehe

ni posing kt club golf cyberjaya time program wall climbing tuk syabas... belang menganazzzz....

hahaha... Kj Choi ngah wt pukulan dia y pertama lam Maybank Open Malaysia.. aku sebok posing kt belakang... sggup berpanas tu...
bersama dgn org kuat Hyundai... xtau nape diorg ni tdo... penat sgt kt padang golf kot... hehehe

antara sukerelawan y bertugas tuk Mybank Open Malaysia 2010... powered by Hyundai...

Sunday, February 7, 2010

Paderi & Kunci Syurga.


Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan pengajiannya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang juru dakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. Memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita Ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini."

Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. " Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang Muslim?"

Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu."

Kemudian dia beranjak hendak keluar.Namun, paderi ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut Dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan Dan anda harus menjawabnya dengan tepat. "

Si pemuda tersenyum Dan berkata, "Silakan!"

Sang paderi pun mulai bertanya, "Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya."

"Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah Dan ibu!"

"Siapakah yang tercipta dari api,siapakah yang diazab dengan api Dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu Dan siapakah yang terpelihara dari batu?"

"Sebutkan sesuatu yang diciptakanAllah Dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan Dan dua di bawah sinaran matahari?"

Mendengar pertanyaan tersebut, pemudaitu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.
Setelah membaca Bismillah dia berkata,

-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. Berfirman, "Dan Kami jadikan malam Dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)." (Al-Isra': 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil Dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat,Injil, Zabur Dan al-Qur'an.

- Lima yang tiada enamnya ialah Solatlima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlahHari ketika Allah s.w.t. Menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. Berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).

-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy AR-Rahman. Allah s.w.t. Berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada Hari itu delapan orang malaikat men-junjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu Dan belalang.*

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. Berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah,
"Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas Mata air." (Al-Baqarah: 60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah Dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. " (At-Takwir: 18).

-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

-Mereka yang berdusta namun masuk kedalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barangkami, lalu dia dimakan serigala. " Setelah kedustaan terungkap,Yusuf berkata kepada mereka, " tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagi muka pada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ." (Yusuf:98)

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai." (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya': 69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.? "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, "Apakah kunci syurga itu?"

mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kebimbangannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! "

Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah."

Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. "

Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. "

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.


Sumber daripada grup Al-Hikmah

Thursday, February 4, 2010

PERINGATAN ALLAH SWT!



Allah Azza waJalla telah beberapa kali memberi peringatan dan amaran dalam al-Qur’an berkaitan hubungan kita dengan orang bukan Islam, khususnya kaum Yahudi dan Nasrani, antaranya:

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang-orang mukmin) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada di antara kamu dengan mereka, sedang mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran (Islam) yang sampai kepada kamu. [al-Mumtahanah 60:01]

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim. [al-Maidah 5:51]

Seterusnya Allah Subhanahu waTa’ala memberi peringatan bahawa orang-orang bukan Islam, khususnya Yahudi dan Nasrani tidak akan sekali-kali berpuas hati dengan umat Islam dan agama Islam kecuali apabila mereka berjaya menarik umat kepada kekafiran atau ke arah agama mereka sendiri. Firman Allah:

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. [‘Ali Imran 3:118]

Dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka memalingkan kamu dari agama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian). [al-Baqarah 2:217]

Jika mereka dapat menguasai kamu, nescaya mereka menjadi musuh yang membahayakan kamu, dan mereka akan membebaskan tangan mereka dan lidah mereka terhadap kamu dengan kejahatan, serta mereka suka kalaulah kamu juga menjadi kafir (seperti mereka). [al-Mumtahanah 60:02]

Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran. [al-Baqarah 2:109]

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu sehingga engkau menurut agama mereka. Katakanlah (kepada mereka): Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. [al-Baqarah 2:120]

Lebih memburukkan adalah apabila orang bukan Islam diberi tumpuan manakala orang Islam dibelakangkan:

(Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah.

Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintah-Nya) di dalam Kitab (Al-Quran), iaitu: apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang munafik dan orang kafir di dalam neraka jahannam. [an-Nisaa’ 4:139-140]