Tuesday, August 24, 2010

Ar-Rabbani...


Ramadhan adalah surau atau madrasah untuk kita membimbing diri kita dan orang lain untuk menjadi lebih baik dalam meningkatkan amal ibadah sebagai mana yang dikehendaki olehNya. Ar-Rabbani merupakan insan yang bertuah kerana ia sangat dekat dengan Allah s.w.t. Kita manusia biase ini adakah layak untuk bergelar Ar-Rabbani??? Pernahkah terlintas dibenak fikiran kita ini untuk menjadi insan yang bergelar Ar-Rabbani??? Sempena dengan Ramadhan yang penuh keberkatan dan kemuliaan ini marilah kita sama-sama merenung sejenak tetang apa yang kita lakukan pada setiap saat, setiap minit, setiap jam, setiap hari, setiap minggu dalam Ramadhan dan sehingga tamatnya Ramadhan. Pernahkan hati kita ini bertanya, adakah kita ini beribadah di bulan Ramadhan kerana Allah atau menjadi hamba kepada Ramadhan??? Di bulan Ramadhan manusia akan tekun berusaha melakukan segala kebaikan samada yang wajib mahupun yang sunat. Mereka berlumba-lumba untuk memastikan mereka tidak terlepas dari melakukan kebaikan seperti berpuasa, membaca al-Quran sehingga tamat 3o juz, bersedekah, memberi makan kepada orang yang berpuasa serta banyak lagi perkara kebaikkan yang dilakukan. Masjid-masjid dan surau-surau sentiasa mendapat tetamu. Tetapi mengapa perkara-perkara dalam melakukan kebaikan ini tamat setelah syawal menjelma. Adakah kerana Ramadhan kita melakukan semua ini atau kerana Allah s.w.t. Insan yang bergelar Ar-Rabbani adalah manusia yang sentiasa mendalami setiap apa yang dilakukan adalah kerana Allah semata-mata. Ramadhan akan dijadikan bulan untuk meningkatkan amal ibadat kerana Allah menjanjikan Ramadhan adalah bulan untuk melipatgandakan pahala, sesiapa yang melakukan perkara yang sunat akan disamakan dengan pahala yang wajib, manakala yang melakukan perkara wajib akan dilipatgandakan pahalanya bergada-ganda.. Insan yang bergelar Ar-Rabbani akan mengekalkan amalannya walaupun Ramadhan sudah tamat dan melakukan secara Istiqamah, iaitu secara berterusan. Janganlah kita manjadi hamba kepada Ramadhan, tetapi kita perlu menjadi hamba kepada Allah s.w.t. Ramadhan akan pergi meninggalkan kita, tetapi Allah s.w.t tidak akan meninggalkan kita, malah Allah akan membawa Ramadhan kepada kita pada tahun akan datang. Marilah kita sama-sama mendalami dan semakkan didalam hati serta ikhlas dengan setiap apa yang dilakukan, segala-galanya adalah kerana Allah s.w.t. InsyaAllah semoga kita semua tergolong dalam golongan insan yang bergelar Ar-Rabbani.. amin

No comments: