Wednesday, September 8, 2010

Persiapan Menyambut Eidul Fitri pada 1 Syawal

Sejarah hari perayaan sebenarnya telah bermula sebelum kedatangan Islam. Ketika itu, Kota Madinah dipanggil Yathrib, sudahpn disambut hari perayaan. Menurut Anas R.A, apabila Rasulullah S.A.W berhijrah ke Madinah, Banginda menukarkan perayaan yang telah disambut sebelum ini dengan dua perayaan yang jauh lebih baik dan diberkati Allah iaitu Eidul Fitri (Hari Raya Puasa) dan Eidul Adha (Hari Raya Korban). Islam telah meletakkan garis panduan yang sempurna kepada seluruh umat Islam agar menyambut hari raya dengan menjaga segala-gala yang telah ditetapkan. Antara adab-adab tersebut ialah:-

1.BERSOLAT HARI RAYA SECARA BERJEMAAH.
Rasulullah S.A.W sentiasa melaksanakan solat hari raya secara berjemaah di padang atau lapangan terbuka. Ini akan memberi kemudahan san kesempatan kepada kaum wanita yang tidak dapat menunaikan solat hari raya kerana uzur untuk mendengar pesanan dan nasihat yang disampaikan melalui khutbah hari raya.

2. PERGI DAN BALIK DARI TEMPAT SOLAT MELALUI JALAN BERBEZA.
Disunatkan pergi dan balik dari tempat solat hari raya melalui jalan yang berlainan. Ini sebenarnya bertujuan agar kita dapat bertemu dengan lebih ramai orang yang berlainan dan memberi peluang kepada kita untuk bersalam-salaman dan memohon maaf zahir dan batin sesama kita.

3. MEMBAWA ANAK DAN ISTERI KE TEMPAT SOLAT.
Anak-anak dan isteri yang hadir bersama akan dapat mendengar peringatan dari khutbah yang disampaikan. Disamping itu dapat memberi peluang untuk anak-anak dan isteri merasa Keagungan Hari Raya dalam Islam dan saling bermaafan.

4. MENIKMATI MAKANAN SEBELUMKE MASJID.
Disunatkan di hari Raya Eidul Fitri untuk kita menikmati sedikit makanan sebelum kita menunaikan Solat Hari Raya. Ini memberi erti keizinan Syarak agar berbuka pada hari tersebut dan tidak boleh sama sekali perpuasa.

5. BERPAKAIAN CANTIK DAN KEMAS UNTUK MENUNAIKAN SOLAT.
Rasulullah S.A.W sentiasa berpakaian kemas termasuklah ketika melaksanakan Solat Hari Raya. Kita mestilah mempersiapkan pakaian tersebut lebih awal agar tidak tergopoh-gapah menjelang pagi 1 Syawal. Kita tdak dibenarkan sama sekali mengejek orang lain yang berpakaian lusuh kerana yang paling utama ialah kita kemas dan bersih bagi meraikan hari kemenangan kita.

6. MEMPERBANYAKKAN BACAAN TAKBIR.
Sejak malam hari Eidul Fitri iaitu selepas magrib sehingga imam datang untuk memulakan solat pada hari raya, umat Islam disunatkan memperbanyakkan bacaan takbir. Seharusnya umat Islam jangan terlalu di sibukkan dengan aktiviti persiapan raya sehingga meninggalkan peluang takbir ini. Ini adalah penting bagi meninggikan syiar Islam selain kaliamah Takbir tersebut amat dibenci oleh Syaitan.

7. MENGUCAPKAN SELAMAT DAN MENDOAKAN ANTARA SATU SAMA LAIN.
Apabila bertemu antara satu sama lain, hendaklah berjabat tangan dan mendoakan kebaikan dan diterima segala amalan yang dilakukan di Ramdhan. Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang baik. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman Baginda S.A.W ialah "Taqabbalallahu minna wa minkum" ertinya : "Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat sepanjang di bulan Ramadhan) daripada kami dan juga kamu"

8. MEMPERBANYAKKAN ZIARAH
Disamping ziarah dapat merapatkan silaturrahim, ia juga berperanan untuk mengangkat kesusahan yang dialami oleh orang lain. Dengan ziarah kita dapat mengetahui keadaan dan latar belakang saudara kita yang lain, khasnya pada hari Raya kita dapat membantu memberi kegembiraan kepada mereka yang susah.

*IMPORTANT NOTICE
- BEBERAPA KESALAHAN YANG BERLAKU DI HARI RAYA YANG DIANGGAP BIASA
Islam telah menggariskan adab-adab serta hukum yang tertentu dalam kehidupan. Keadaan ini kadang-kadang dipandang remeh khususnya dalam menghidupkan suasana hari raya. Antara kesalahan tersebut ialah:-

~ Berjambat tangan serta bersalaman di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika menziarahi rumah jiran dan rakan. Golongan yang tidak berumur tidak menegur golongan muda-mudi akibatnya mereka bersalam seolah-olah tidak ada batasan Syariat di hadapan mata kedua ibu bapa.

~ Had aurat yang dipandang kecil. Ketika berkumpul beramai-ramai, banyak lesalah yang melibatkan aurat diabaikan. Sebagai contoh adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah. Begitu juga tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat sehingga membolehkan abang ipar atau ipar lelaki melihat aurat yang terdedah.

~ Kaum wanita yang memakai wangian dan solekan melampau (ala artis) di musim perayaan lalu keluar dari rumah dan mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram.

~ Pakaian Wanita yang mendedah aurat dan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai. Kadang-kadang aurat telah ditutup, tetapi anggota badan NAMPAK dengan jelas.

dipetik dan diubahsuai dari risalah al-irsyad
terbitan Dewan Ulamak PAS Negeri & Lajnah Tarbiah
Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan

No comments: