Thursday, July 30, 2009

PENGAJARAN DAN PENGINSAFAN...

Beberapa ari y lepas, aku ade menerime nota dr sesorang y bertajuk "cuba kira"... huh nk kira ape lak ni... aku terus membaca ape y dihantarkan... mata aku cuba meneliti dgn lbh fokus pada perkataan-perkataan y ada dlm ayat tersebut... air wajah aku mula berubah melalui pembacaan aku dr satu ayat ke ayat... aku mghembuskan nafas y agak kuat setelah selesai membaca nota tersebut... aku tidak berpuas hati dengan apa y aku baca... aku cuba membaca sekali lg nota tersebut dengan penuh penelitian... dlm nota tersebut juga tercatat kelandar pada TAHUN 2012, selepas puas membaca nota dan meneliti calendar tersebut aku terdiam seketika... woiiiiitttt... bia btol... huuuu... paper pn aku nk kongsi dgn korang n baca la sdiri... ni adalah nota y aku trime...

"Cuba kira... 1Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 july hari jumaat, jadi 3 august 2012 bersamaan 15 ramadan jatuh juga hari jumaat. Sama dengan hadis nabi tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan bulan ramadan iaitu hari jumaat 15 ramadhan dekat bumi ni yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, tentang satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit, bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal cuma 1/3 shj. (yang NASA Amerika dok bagitau pada 21-12-2012 planet X akan lintas mai kat bumi ni) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu....... ALLAH sahaja maha mengetahui.. ......... .. cuba kita tengok hadis nabi kat bawah ni dan kenyataan pasal calender islam 2012"

Nu ' aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda: Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".

UPCOMING IMPORTANT ISLAMIC DATES
2010 Calendar Islamic New Year: December 18, 2009 (1431 A.H.*) Aashura: December 27, 2009 Ramadan: August 11 - September 8, 2010 Eid ul-Fitr: September 9, 2010 Hajj: November 14 - November 17, 2010 Eid ul-Adha: November 16, 2010

2011 Calendar Islamic New Year: December 7, 2010 (1432 A.H.*) Aashura: December 16, 2010 Ramadan: August 1 - August 29, 2011 Eid ul-Fitr: August 30, 2011 Hajj: November 4 - November 7, 2011 Eid ul-Adha: November 6,

2011 2012 Calendar Islamic New Year: November 26, 2011 (1433 A.H.*) Aashura: December 5, 2011 Ramadan: July 20 - August 18, 2012 Eid ul-Fitr: August 19, 2012 Hajj: October 24 - October 27, 2012 Eid ul-Adha: October 26, 2012 .

untuk detail pasal calendar islam... leh la layari : http://moonsighting.com/calendar.html

aku cube berkongsi tentang benda ni rakan aku... aku akan dapat melihat perubahan air wajah mereka bila dah baca nota ni... pernah juga dipersoalkan klu benda ni btol2 berlaku, cukup ke kita nk kumpul pahala lam masa 3 tahun... hanya masing-masing y tau jwpnnye... so aku pn xnak bg komen lbh2 pasal ni... aku cube nk ingtkan pandai2 la nilai sendiri ape y tertulis dlm nota ni... kerpecayaan tentang perkara tersebut tidak boleh kita ketepikan, cuma pada masa n tarikh y tercatat lam nota ni jadikan satu pengajaran n penginsafan buat kita semua... betul or x benda ni hanya Allah s.w.t y tentukan kerana itu adalah HakNya... y penting kita sebagai hambaNya sentiasalah mempunyai kesedaran untuk ke jalan y benar, iaitu y jalan y diredhai olehNya... semoga kita semua mendapat hidayah n petunjuk dariNya y Maha Esa...

Saturday, July 11, 2009

KEJAYAAN OPKIMAS


Hampir seminggu aku berada di kampung Chasi Pasir Mas Kelantan bagi mengikuti program Operasi Khidmat Masyarakat yang dianjurkan oleh Universiti Malaya bersama Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK). Operasi Khidmat Masyarakat di Pasir Mas ini disingkatkan nama dengan OPKIMAS. Penyertaan OPKIMAS mendapat sambutan dari seluruh siswazah IPTA/S di Malaysia. Kehadiran peserta OKIMAS disambut baik oleh penduduk Kg Chasi. Mereka cukup gembira menerima anak-anak angkat yang dari pelbagai Universiti. Bagi aku OPKIMAS ini cukup hebat kerana disamping peserta menjadi anak angkat kepada penduduk Kg Chasi, mereka juga mencurahkan pelbagai ilmu kepada anak-anak Kg Chasi melalui program Kem Bina Insan. Peserta OPKIMAS menjadi fasilitator untuk Kem Bina Insan. Para peserta Kem Bina Insan diterapkan dengan penekanan kepada aspek pendidikan. Banyak modul-modul untuk membina dan meningkatkan keyakinan dalam diri diberikan kepada peserta Kem Bina Insan. Tujuan ini adalah untuk membantu para peserta dalam meningkatkan tahap akademik mereka dan mencapai kejayaan serta menjadikan landasan kepada mereka untuk menjejaki kaki ke menara gading. Diantara OPKIM yang pernah aku sertai, OPKIMAS merupakan program OPKIM yang memberi banyak pengajaran serta ilmu-ilmu baru. Peserta OPKIMAS diberi peluang untuk merasai erti perit hidup masyarakat kampung dalam mencari rezeki yang kebanyakkan daripada mereka ini bekerja sebagai penoreh getah, petani, peruncit, tukang rumah serta kerja-kerja lain yang hanya boleh dikatakan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Sepanjang program OPKIMAS ini, banyak aktiviti yang berkonsepkan keagamaan diadakan. Ini memberi banyak ilmu yang berguna. Antara aktiviti yang dijalankan ialah ceramah mengenai cara solat yang betul, tentang aurat, kewajipan menuntut ilmu, kehidupan orang islam, seminar haji dan peyembelihan. Forum Hal Ehwal Islam juga turut diadakan yang dikendalikan oleh RTM Kelantan. Aku cukup gembira dengan program ini dan aku melihat program ini cukup berjaya walaupun aku mendapat maklumat program ini hanya diuruskan oleh 15 orang ahli jawatan kuasa sahaja. Program OPKIMAS ini juga mendapat liputan dari pelbagai media diseluruh Malaysia. Aku berharap program sebegini dapat diteruskan oleh siswazah kita dan membawa mahasiswa/i untuk turun ke desa membantu penduduk desa atau kampung. Walaupun kita tidak mampu umtuk membantu dari segi kewangan, bantulah dari segi kepakaran dan ilmu yang kita ada. Curahkan kepada mereka yang memerlukan terutama kepada anak-anak yang tinggal diluar Bandar. Pihak universiti atau kolej perlu memainkan peranan penting dan membantu mahasiswa/i untuk turun memberi khidmat kepada masyarakat, bukannya menyekat atau menhalang mahasiswa/i dalam memberi khidmat mereka kepada masyarakat. Tidak lupa juga aku kepada Pengarah program Mohd Zulkifli Bin Mohd Nor atau dikenali Abe Zul dan saudara Yusri Bin Maimun kerana berjaya mengadakan program OPKIMAS '09. Tahniah diucapkan kepada mereka berdua dan semua ahli jawatan kuasa yang terlibat, kerana hasil dan usaha merekalah berjayanya program ini dengan jayanya.

wajah urusetia di pagi hari program dilancarkan

peserta OPKIMAS '09 berpeluang dalam menyelami kesusahan dan keperitan warga desa dalam mencari sesuap nasi

sebahagian peserta yang terlibat dalam OPKIMAS '09

urusetia yang terlibat dalam pertandingan "kenali Kg Chasi"

antara peserta coventry university yang turut menyertai OPKIMAS '09

seminar peyembelihan adalah salah satu aktiviti dalam program OPKIMAS '09
majlis penyampaian hadiah kepada pemenang dalam "kenali Kg Chasi"