Saturday, July 11, 2009

KEJAYAAN OPKIMAS


Hampir seminggu aku berada di kampung Chasi Pasir Mas Kelantan bagi mengikuti program Operasi Khidmat Masyarakat yang dianjurkan oleh Universiti Malaya bersama Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK). Operasi Khidmat Masyarakat di Pasir Mas ini disingkatkan nama dengan OPKIMAS. Penyertaan OPKIMAS mendapat sambutan dari seluruh siswazah IPTA/S di Malaysia. Kehadiran peserta OKIMAS disambut baik oleh penduduk Kg Chasi. Mereka cukup gembira menerima anak-anak angkat yang dari pelbagai Universiti. Bagi aku OPKIMAS ini cukup hebat kerana disamping peserta menjadi anak angkat kepada penduduk Kg Chasi, mereka juga mencurahkan pelbagai ilmu kepada anak-anak Kg Chasi melalui program Kem Bina Insan. Peserta OPKIMAS menjadi fasilitator untuk Kem Bina Insan. Para peserta Kem Bina Insan diterapkan dengan penekanan kepada aspek pendidikan. Banyak modul-modul untuk membina dan meningkatkan keyakinan dalam diri diberikan kepada peserta Kem Bina Insan. Tujuan ini adalah untuk membantu para peserta dalam meningkatkan tahap akademik mereka dan mencapai kejayaan serta menjadikan landasan kepada mereka untuk menjejaki kaki ke menara gading. Diantara OPKIM yang pernah aku sertai, OPKIMAS merupakan program OPKIM yang memberi banyak pengajaran serta ilmu-ilmu baru. Peserta OPKIMAS diberi peluang untuk merasai erti perit hidup masyarakat kampung dalam mencari rezeki yang kebanyakkan daripada mereka ini bekerja sebagai penoreh getah, petani, peruncit, tukang rumah serta kerja-kerja lain yang hanya boleh dikatakan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Sepanjang program OPKIMAS ini, banyak aktiviti yang berkonsepkan keagamaan diadakan. Ini memberi banyak ilmu yang berguna. Antara aktiviti yang dijalankan ialah ceramah mengenai cara solat yang betul, tentang aurat, kewajipan menuntut ilmu, kehidupan orang islam, seminar haji dan peyembelihan. Forum Hal Ehwal Islam juga turut diadakan yang dikendalikan oleh RTM Kelantan. Aku cukup gembira dengan program ini dan aku melihat program ini cukup berjaya walaupun aku mendapat maklumat program ini hanya diuruskan oleh 15 orang ahli jawatan kuasa sahaja. Program OPKIMAS ini juga mendapat liputan dari pelbagai media diseluruh Malaysia. Aku berharap program sebegini dapat diteruskan oleh siswazah kita dan membawa mahasiswa/i untuk turun ke desa membantu penduduk desa atau kampung. Walaupun kita tidak mampu umtuk membantu dari segi kewangan, bantulah dari segi kepakaran dan ilmu yang kita ada. Curahkan kepada mereka yang memerlukan terutama kepada anak-anak yang tinggal diluar Bandar. Pihak universiti atau kolej perlu memainkan peranan penting dan membantu mahasiswa/i untuk turun memberi khidmat kepada masyarakat, bukannya menyekat atau menhalang mahasiswa/i dalam memberi khidmat mereka kepada masyarakat. Tidak lupa juga aku kepada Pengarah program Mohd Zulkifli Bin Mohd Nor atau dikenali Abe Zul dan saudara Yusri Bin Maimun kerana berjaya mengadakan program OPKIMAS '09. Tahniah diucapkan kepada mereka berdua dan semua ahli jawatan kuasa yang terlibat, kerana hasil dan usaha merekalah berjayanya program ini dengan jayanya.

wajah urusetia di pagi hari program dilancarkan

peserta OPKIMAS '09 berpeluang dalam menyelami kesusahan dan keperitan warga desa dalam mencari sesuap nasi

sebahagian peserta yang terlibat dalam OPKIMAS '09

urusetia yang terlibat dalam pertandingan "kenali Kg Chasi"

antara peserta coventry university yang turut menyertai OPKIMAS '09

seminar peyembelihan adalah salah satu aktiviti dalam program OPKIMAS '09
majlis penyampaian hadiah kepada pemenang dalam "kenali Kg Chasi"

No comments: