Saturday, December 26, 2009

Maju Kehadapan

hehehe... 1st aku kna senyum klu aku nk tulis psl maju kehadapan ni... mesti terpikirkan maju kehdapan psl apa... hahaha... 4 aku nk taip ni pn aku ase nk tergelak bla pk psl maju kehadapan ni... myb aku bhagia nga cara aku sdri kot... lalala... aku xambik tau psl org, aku wt derqqq je... psl maju kehadapn ni mesti akn kecoh n org akn main2 nga si comel maju kehadapan ni... siap ade y wt video ag ko0t psl maju kehadapan ni... org2 tua ckp klu nk kurangkan maju kehadapan ni kna ikut byk petua... ah... ape aku peduli... janji aku hepi.. lalala... eh, lupe lak aku... maju kehadapan ni sbenarnya psl perutku y makin comel... hahaha... bkn psl kemajuan len... psl len tu xpyh citer xpe.. sbb mmg dh hebat... k out lu... rojer...

Friday, December 25, 2009

Muncul Kembali

Salam All

Sudah lama aku aku xmengadap si blog ni... dlu cita-cita klu boleh nk update blog ari2... tp makin ari makin aku bz.. nk mcm mane... dugaan edup... so aku arap pasni aku xkan membuziekan diri aku ni sgt... dh ckup ler spanjang cuti sem ni aku sebukkn dri aku ni... sampai balik kg pn kejap je... xsampai 2hari pn... ramai mmber y mgeluh psl aku y tlalu bz... don't worry frez... pasni aku try rilek2 je... n aku arap sempena Maal Hijrah y telah menjelma n New Year y akn dtang dpt mmbantu aku utk meletakkan satu target lam dri aku tuk jd org y lbh baik dr ari sbelum ini n tergolong lam org y beruntung...

Friday, August 21, 2009

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

Salam kepada semua... dh lame bulan yang dinantikan... bulan yang penuh kemuliaan... berdebar hatiku sampainya bulan y penuh kemuliaan ini... dalam debaran juga aku begitu gembira dgn kehadiran bulan y penuh kemuliaan ini... aku takut aku tidak sempat menggunakan bulan yang penuh keberkatan ini dengan sepenuhnya... aku harap aku akan menjadi insan yang lebih tabah dan menjadi manusia yang tahu menilai masa dengan menggunakan masa di bulan Ramadhan ini dengan sebaik-baiknya... aku juga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan, Selamat Bersahur, Selamat Berbuka Puasa, Selamat Menunaikan Solat Tarawih dan Selamat Beramal kepada semua umat Islam didunia... semoga semua amalan kita diterima oleh Allah s.w.t. berape byk selamat dar... hahaha... ok.. out lu... budak kecik, kg paloh pintu gang...

Tuesday, August 11, 2009

H1N1

Kes - Kes Baru: 270

Kes - Kes Import: 0

Kes Jangkitan Tempatan: 270

Kes Kematian: 6


Jumlah Kes di Malaysia: 2,253 dengan jumlah kematian 38 orang.

Hai, arini aku just nk kongsi satu kajian y dilakukan oleh sebuah hospital iaitu HOSPITAL SULTAN AMINAH JOHOR. memandangkan keadaan wabak H1N1 sudah begitu aktif merebak dikalangan masyakat kit sehingga telah mengorbankan banyak nyawa di dunia termasuk Malaysia... semua langkah-langkah tuk menggelak dr dijangkiti virus H1N1 sudah dipaparkan di tv dan juga radio2 tempatan... ape y paling penting y aku ingin aku igtkan kepda semua, pakai la "dental mask" ketika keluar dr rumah terutama ketika berkunjung ditempat y mempunyai orang ramai. igt!!! virus ini sgt mudah merebak dan begitu cepat aktif didalm badan manusia. jgn malu untuk memakai mask demi keselamtan bersama. jika ade y telah dijangkiti virus H1N1 amalkan la seperti mana y aku postkan dibawah.

Klu hadapi simptom selesema,batuk,demam,sukar bernafas,pening kepala,sakit tekak mgkn anda H1N1. Minum air susu & buah. Mkn makanan yg dbuat drpd buah krn pihak kami telah menjalankn kajian bhw minuman segar mampu membersihkan atom2 H1N1. -HOSPIAL SULTAN AMINAH JOHOR. Bersama mendoakan kesejahteraan ummah.. Sebut pelan2,, "Saya yakin ALLAH SWT sentiasa mengobati ku dlm suka & duka"Amin
Berikut merupakan laporan dr Kementerian Kesihatan Malaysia sehingga hari ini 11 Ogos 2009.
Pada 11 Ogos 2009 sejumlah 270 kes baru influenza A(H1N1) termasuk 6 kes kematian dilaporkan. Kesemuanya adalah kes tempatan yang terdiri daripada warga negara Malaysia. Jumlah terkumpul kes influenza A(H1N1) di Malaysia sehingga 11 Ogos 2009 adalah sebanyak 2,253 kes dengan jumlah kematian 38 orang. Untuk makluman, pada masa ini terdapat seramai 48 pesakit sedang dirawat di hospital dan 11 lagi dirawat di ICU. Daripada 11 kes yang berada di Unit Rawatan Rapi, 4 daripada mereka mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (2), obesiti (1) dan post -delivery (1). Seramai 11 orang telah didiscaj dari hospital semalam. Untuk makluman, 6 kematian adalah kematian yang berlaku terdahulu dan hanya disahkan ada mendapat jangkitan H1N1 pada 6, 8 dan 9 Ogos 2009, dilaporkan pada 10 Ogos 2009 secara formal sebagai kes-kes kematian yang ada kaitan dengan jangkitan influenza A(H1N1). Empat (4) daripada kes kematian ini didapati mempunyai faktor risiko samada Diabetes, Hipertensi atau Asma. Tarikh kematian sebenar 6 kes tersebut adalah seperti berikut, 4 Ogos (1), 6 Ogos (2) dan 7 Ogos(3). Merujuk kepada situasi global, sehingga 11 Ogos 2009, sejumlah 208, 990 kes dengan 1,716 kematian telah dilaporkan daripada 174 negara. Ia merupakan peningkatan sebanyak 835 kes dengan 28 kematian berbanding dengan hari sebelumnya. Saya ingin meminta orang ramai supaya sentiasa mengikut nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia dan mengambil langkah-langkah berikut:
Bagi mereka yang mengalami simptom dan berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi akibat jangkitan Influenza A(H1N1) diminta SEGERA mendapatkan rawatan. Rawatan anti-viral akan diberikan tanpa memerlukan ujian pengesahan makmal. Rawatan ini sangat berkesan untuk mengubati pesakit jika dimulakan dalam tempoh 48 jam selepas gejala bermula.Bagi mereka yang mempunyai simptom yang ringan diminta untuk mendapatkan rawatan simptomatik. Mereka juga dinasihatkan untuk berada di rumah dan membataskan pergaulan serta aktiviti di luar. Kebersihan diri dan etika batuk perlu sentiasa diamalkan. Sekiranya terpaksa keluar, pakai penutup mulut dan hidung (mask) jenis ‘three ply’ untuk mengurangkan penularan virus kepada orang lain. Berikan perhatian kepada tanda-tanda amaran seperti masalah sukar bernafas, demam atau sakit dada yang berterusan, batuk/kahak berdarah, muntah/cirit-birit yang kerap. Dapatkan rawatan SEGERA apabila mengalami tanda-tanda tersebut. Orang ramai diminta terus mengamalkan cara hidup sihat termasuk banyak meminum air, tidak merokok, makan secara sihat dan melakukan aktiviti fizikal. Amalkan langkah-langkah pencegahan H1N1 bagi mengurangkan penularan penyakit ini. Penutupan sesebuah sekolah atau institusi bergantung kepada penilaian risiko yang dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah dan persetujuan bersama dengan pihak pengurusan sekolah atau institusi. Di hospital kerajaan, ujian pengesahan jangkitan influenza A(H1N1) hanya dibuat untuk kes-kes yang dimasukkan ke hospital sahaja..

Sunday, August 9, 2009

PERSAHABATAN

kenangan dgn kekawan aku

Jam dh hampir 3pg... tp aku lak wt hal xleh nk tdo... dah la class kul8 esk... uhuhu, aku tersenyum sorg2... so aku online la jap... aku ase mcm ade y xkna pd dri aku n mmber aku... mlm td aku ade online, aku buzz die, die bg salam kt aku n tya nk ape... ase pelik je bla dipersoal nk ape... so aku wt cm biase je la... keje aku buzz org je... tp kali ni xde respon dr die... aku try la tya die nape cm pelik je... ade paper xkna ke, die marah aku ke, aku ade wt silap ke... tp semua persoalan xterjwp... aku tya nape xjwp n bg respon, blik2 die jwp suke ati die la nk wt paper pn...
aku terkejut gak la... ni mmg btol2 marah ni sbb sebelum ni xde pn die ckp camtu... aku pn nga prasaan y terkejut dan hampa hnya mampu menjawp "xpe la klu dh cmtu... ok" n tetiba aku trime kata dr die y dipetik dr kata-kata Imam as-Syafi'e. aku just nk kongsi nga korang ape sebenarnya maksud die n moga kta dapt apply tuk kehidupan harian kita y mempunyai sahabat...

Aku menyayangi sahabatkuDengan segenap jiwaku..Sahabat yang baik,Adalah yang sering dengankuDan menjaga nama baikkuKetika aku hidup dan mati..Kuhulurkan tangan kepada sahabatkuUntuk berkenalan,Kerana aku akan berasa senang,Semakn ramai sahabat..Semakin aku percaya diri,Aku selalu berharapUntuk mendapat sahabat sejati,Yang tak luntur dalam suka dan duka..Jika aku dapatAku akan setia padanya.-Imam as-Syafi’e-

kata ibarat pedang yg tajamnya bisa membunuh lawan, kata2 yg berhikmah menyedarakn kita, kata madah pujangga bisa menjadi pedoman manusia, jagalah bahasa kata kita jgn disalah guna.

kamukah sahabat…yang menemaniku tika aku kesunyian.kamukah sahabat …yang memanggilku tika aku kehilangan arah.kamukah sahabat….yang membentingi tiap kelemahanku.kamukah sahabat …yang memapahku tika aku jatuh.

Bismillahirrahmanirrahim…Ya Allah.. panjangkanlah umur sahabatku, Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya, terangi hatinya dengan nur pancaran iman.. Ya Allah..tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan,tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama, dunia dan akhirat… Ya Allah,Sahabatku buah hatiku,Mesra kami penawar duka,Rindu kami menambah cinta,Rajuk kami membuah ceria,Ya Allah,Silaturrahim kami ukhwah fillah, Bermusuh kami nauzubillah, Berpisah kami insya AllahPengubat hati doa rabtah. Ya Allah,Rahmati kami meniti usia, Terpisah kami di alam nyata ,Temukan kami semula di taman syurga. Ya Allah.. kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kebahagiaan dan kecemerlangan hidup didunia dan akhirat kelak.. Ya Rabbul Izzati..bahagiakanlah hatinya sebagaimana Engkau bahagiakan hati - hati hambaMu yang lain…
AMIN............. WASSALAM....


kata2 ketika kita marah merupakan emosi, jd biar la kami mendiamkan diri seketika... agar kami dapat berbicara secara rasional kembali.... ok la SAHABATKU Selamat malam... Assalamualaikum.....Last message received on 9/8/2009 at 11:40 PM

tu la kata-kata y terakhir y aku terima... mmg die marah la... tpa aku xpasti apa silap aku sebenarnya... aku harap klu aku ade tersalah silap atau terkasar bahasa dgn bdk ni, aku harap die org maafkan aku n akan bgtau ape sebenarnya salah aku... sbb aku juga manusia biase y tak pernah terlepas dr melakukan kesilapan kecil ataupn kesilapan besar... moga dgn teguran y diberi akn menyedarkan kesilapan y dilakukan oleh aku...

Tuesday, August 4, 2009

JOM KITA BACA DAN HAYATI SAMA-SAMA


Hai semua, aritu aku ade post psl 2012... jd aku dpt byk comment dr korang... Ramai y cakap 2012 nk kiamat la, bumi nk musnah la... macam2 la... planet X nk langgar bumi la 2012... tu matsalleh pnya statement je... nk tunjuk die hebat je sampai buat filem cm trailer 2012... sbb diorg pn wt kajian melalui hadis-hadis nabi... so bila dh dpt tahu benda-benda camni, diorg buat la something tuk tunjukkan pd dunia diorg ni hebat... n bg aku tu salah satu dugaan dan cabaran tuk Allah uji keimanan kita... sbb ade dikalangan kita ni duk puji-puji kehebatan matsalleh ni sampai kononnye dpt kaji ape y akan berlaku... Semua tu ketentuan Allah S.W.T... Allah yang Maha Kuasa, semua berlaku atas kehendakNya... so arini aku nk kongsi satu ag benda tuk korang semua... baca and hayati la k... moga xde y berani menyatakan 2012 adalah hari KIAMAT... so renung-renungkan la... selamat beramal...

Wahai manusia, adakah iman kamu kuat atau lemah. Adakah kamu berani untuk melawan DAJJAL. Iman kamu hendaklah kuat dan hendaklah kamu jangan memikirkan kamu kuat. ​​Surat-​​surat berantai, mesej palsu, mesej nasib adalah semua tidak bagus.​​ Mempercayai nasib adalah fasik. ​​Hendaklah kamu membaca surah Al-Kahfi setiap masa yang lapang.

Dajjal akan keluar apabila Masjidil Aqsa tidak berazan selama 5 atau 7 hari. Kemungkinan pada 21/12/2012. Ramai orang fikir itu tarikh kiamat. TIDAK!!!! Nabi Isa tidak turun untuk berdakwah lagi selama 7 tahun!! Dajjal ada 30. Semuanya akan insaf sebelum mati. Dikatakan Dajjal benar akan berkuasa selama 44 hari atau tahun. Jangan takut... Dajjal tidak boleh masuk Baitul Maqdis, Mekah dan Madinah.

Ya'juj dan makjuj tidak muncul lagi. Kaum yang telah dkepung dan diperangkap oleh raja Zulqarnain dan kaumnya serta membina dinding tinggi yang diperbuat daripada besi dan tembaga. Haiwan yang aneh, ​​Ad-​​dabah, ​​tidak keluar lagi. Haiwan sepanjang 60 hasta ini membawa tongkat Nabi Musa dan cincin Nabi Sulaiman. Matahari masih tidak terbit dari tempat terbenamnya bermakna pintu taubat masih terbuka.

Kekurangan gempa bumi dan gunug berapi mengakibatkan tekanan pada bumi lalu berlaku bencana terbesar di dunia. Laut akan kering dan menjadi gurun. Neraka jahannam akan terbuka pintunya. Kiamat akan berlaku apabila tiada orang menyebut nama ALLAH.

Sesunguhnya kiamat adalah jari hantu dan kelahiran Rasul Allah S.A.W adalah jari telunjuk.​Betapa dekatnya kiamat itu.

Thursday, July 30, 2009

PENGAJARAN DAN PENGINSAFAN...

Beberapa ari y lepas, aku ade menerime nota dr sesorang y bertajuk "cuba kira"... huh nk kira ape lak ni... aku terus membaca ape y dihantarkan... mata aku cuba meneliti dgn lbh fokus pada perkataan-perkataan y ada dlm ayat tersebut... air wajah aku mula berubah melalui pembacaan aku dr satu ayat ke ayat... aku mghembuskan nafas y agak kuat setelah selesai membaca nota tersebut... aku tidak berpuas hati dengan apa y aku baca... aku cuba membaca sekali lg nota tersebut dengan penuh penelitian... dlm nota tersebut juga tercatat kelandar pada TAHUN 2012, selepas puas membaca nota dan meneliti calendar tersebut aku terdiam seketika... woiiiiitttt... bia btol... huuuu... paper pn aku nk kongsi dgn korang n baca la sdiri... ni adalah nota y aku trime...

"Cuba kira... 1Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 july hari jumaat, jadi 3 august 2012 bersamaan 15 ramadan jatuh juga hari jumaat. Sama dengan hadis nabi tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan bulan ramadan iaitu hari jumaat 15 ramadhan dekat bumi ni yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, tentang satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit, bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal cuma 1/3 shj. (yang NASA Amerika dok bagitau pada 21-12-2012 planet X akan lintas mai kat bumi ni) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu....... ALLAH sahaja maha mengetahui.. ......... .. cuba kita tengok hadis nabi kat bawah ni dan kenyataan pasal calender islam 2012"

Nu ' aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda: Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".

UPCOMING IMPORTANT ISLAMIC DATES
2010 Calendar Islamic New Year: December 18, 2009 (1431 A.H.*) Aashura: December 27, 2009 Ramadan: August 11 - September 8, 2010 Eid ul-Fitr: September 9, 2010 Hajj: November 14 - November 17, 2010 Eid ul-Adha: November 16, 2010

2011 Calendar Islamic New Year: December 7, 2010 (1432 A.H.*) Aashura: December 16, 2010 Ramadan: August 1 - August 29, 2011 Eid ul-Fitr: August 30, 2011 Hajj: November 4 - November 7, 2011 Eid ul-Adha: November 6,

2011 2012 Calendar Islamic New Year: November 26, 2011 (1433 A.H.*) Aashura: December 5, 2011 Ramadan: July 20 - August 18, 2012 Eid ul-Fitr: August 19, 2012 Hajj: October 24 - October 27, 2012 Eid ul-Adha: October 26, 2012 .

untuk detail pasal calendar islam... leh la layari : http://moonsighting.com/calendar.html

aku cube berkongsi tentang benda ni rakan aku... aku akan dapat melihat perubahan air wajah mereka bila dah baca nota ni... pernah juga dipersoalkan klu benda ni btol2 berlaku, cukup ke kita nk kumpul pahala lam masa 3 tahun... hanya masing-masing y tau jwpnnye... so aku pn xnak bg komen lbh2 pasal ni... aku cube nk ingtkan pandai2 la nilai sendiri ape y tertulis dlm nota ni... kerpecayaan tentang perkara tersebut tidak boleh kita ketepikan, cuma pada masa n tarikh y tercatat lam nota ni jadikan satu pengajaran n penginsafan buat kita semua... betul or x benda ni hanya Allah s.w.t y tentukan kerana itu adalah HakNya... y penting kita sebagai hambaNya sentiasalah mempunyai kesedaran untuk ke jalan y benar, iaitu y jalan y diredhai olehNya... semoga kita semua mendapat hidayah n petunjuk dariNya y Maha Esa...

Saturday, July 11, 2009

KEJAYAAN OPKIMAS


Hampir seminggu aku berada di kampung Chasi Pasir Mas Kelantan bagi mengikuti program Operasi Khidmat Masyarakat yang dianjurkan oleh Universiti Malaya bersama Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK). Operasi Khidmat Masyarakat di Pasir Mas ini disingkatkan nama dengan OPKIMAS. Penyertaan OPKIMAS mendapat sambutan dari seluruh siswazah IPTA/S di Malaysia. Kehadiran peserta OKIMAS disambut baik oleh penduduk Kg Chasi. Mereka cukup gembira menerima anak-anak angkat yang dari pelbagai Universiti. Bagi aku OPKIMAS ini cukup hebat kerana disamping peserta menjadi anak angkat kepada penduduk Kg Chasi, mereka juga mencurahkan pelbagai ilmu kepada anak-anak Kg Chasi melalui program Kem Bina Insan. Peserta OPKIMAS menjadi fasilitator untuk Kem Bina Insan. Para peserta Kem Bina Insan diterapkan dengan penekanan kepada aspek pendidikan. Banyak modul-modul untuk membina dan meningkatkan keyakinan dalam diri diberikan kepada peserta Kem Bina Insan. Tujuan ini adalah untuk membantu para peserta dalam meningkatkan tahap akademik mereka dan mencapai kejayaan serta menjadikan landasan kepada mereka untuk menjejaki kaki ke menara gading. Diantara OPKIM yang pernah aku sertai, OPKIMAS merupakan program OPKIM yang memberi banyak pengajaran serta ilmu-ilmu baru. Peserta OPKIMAS diberi peluang untuk merasai erti perit hidup masyarakat kampung dalam mencari rezeki yang kebanyakkan daripada mereka ini bekerja sebagai penoreh getah, petani, peruncit, tukang rumah serta kerja-kerja lain yang hanya boleh dikatakan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Sepanjang program OPKIMAS ini, banyak aktiviti yang berkonsepkan keagamaan diadakan. Ini memberi banyak ilmu yang berguna. Antara aktiviti yang dijalankan ialah ceramah mengenai cara solat yang betul, tentang aurat, kewajipan menuntut ilmu, kehidupan orang islam, seminar haji dan peyembelihan. Forum Hal Ehwal Islam juga turut diadakan yang dikendalikan oleh RTM Kelantan. Aku cukup gembira dengan program ini dan aku melihat program ini cukup berjaya walaupun aku mendapat maklumat program ini hanya diuruskan oleh 15 orang ahli jawatan kuasa sahaja. Program OPKIMAS ini juga mendapat liputan dari pelbagai media diseluruh Malaysia. Aku berharap program sebegini dapat diteruskan oleh siswazah kita dan membawa mahasiswa/i untuk turun ke desa membantu penduduk desa atau kampung. Walaupun kita tidak mampu umtuk membantu dari segi kewangan, bantulah dari segi kepakaran dan ilmu yang kita ada. Curahkan kepada mereka yang memerlukan terutama kepada anak-anak yang tinggal diluar Bandar. Pihak universiti atau kolej perlu memainkan peranan penting dan membantu mahasiswa/i untuk turun memberi khidmat kepada masyarakat, bukannya menyekat atau menhalang mahasiswa/i dalam memberi khidmat mereka kepada masyarakat. Tidak lupa juga aku kepada Pengarah program Mohd Zulkifli Bin Mohd Nor atau dikenali Abe Zul dan saudara Yusri Bin Maimun kerana berjaya mengadakan program OPKIMAS '09. Tahniah diucapkan kepada mereka berdua dan semua ahli jawatan kuasa yang terlibat, kerana hasil dan usaha merekalah berjayanya program ini dengan jayanya.

wajah urusetia di pagi hari program dilancarkan

peserta OPKIMAS '09 berpeluang dalam menyelami kesusahan dan keperitan warga desa dalam mencari sesuap nasi

sebahagian peserta yang terlibat dalam OPKIMAS '09

urusetia yang terlibat dalam pertandingan "kenali Kg Chasi"

antara peserta coventry university yang turut menyertai OPKIMAS '09

seminar peyembelihan adalah salah satu aktiviti dalam program OPKIMAS '09
majlis penyampaian hadiah kepada pemenang dalam "kenali Kg Chasi"

Tuesday, May 12, 2009

seLamaT haRi iBu...

(just tuk gambar hiasan)
sedangkan binatang tahu erti kasih sayang antara ibu dan anak, apatah lagi kita manusia yang diberi akal dan fikiran... renung-renungkanlah....


Hari ini mungkin dah terlambat untuk aku postkan etri pasal kasih sayang ibu dan anak... maklumlah sebuk nga final exzam. walaupun dah 13hb aku rasa masih belum terlambat tuk aku ucapakn Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu... terutama kepada ibu aku sendiri yang aku panggil UMI... i love u mum... bertuah dan gembiranya seorang ibu apabila anaknya mengucapkan selamat hari ibu padanya dan sedikit kata-kata tanda kasih sayang seorang anak pd dirinya... 10 mei adalah hari yang dinanti-nantikan oleh semua ibu yang mengharapkan ucapan dari anak-anak tersayang... cukuplah dgn sekadar satu ucapan kasih sayang yang dinanti, tidak pernah terlintas untuk mengharapkan lebih dari ucapan dari anak-anak... bagaimana pula dengan anak-anak yang xpernah terlintas untuk ucap selamat hari ibu pada ibu mereka bila tibanya 10 mei... hanya ibu mereka sj yang tahu betapa sedihnya perasaan seorang ibu... kenapa perlu kita mengabaikan ibu tersayang yang telah banyak berkorban untuk kita dari setitik mani hinggalah menjadi seorang manusia sehingga hari ni...


Paper pn aku harap kita ni sebagai anak akan sentiasa mengenang jasa ibu kita, agar suatu hari nanti jasa kita juga akan dikenang oleh anak-anak kita sebab kita juga akan jadi ibu dan bapa kepada anak-anak kita. jangan sampai suatu masa nanti anak-anak kita lakukan pada kita lebuh teruk lagi akibat sikap kita yang tak reti nk kenang jasa orang tua kita... moga kita sentiasa diberkati dan jauhkan dari kejahatan kezaliman pada diri sendiri dan juga orang lain...

Thursday, April 30, 2009

MENCARI SESUATU YANG TIDAK PASTI

Ketika aku pohon kesejahteraan, Allah memberikanku akal untuk berfikir. Ketika aku pohon keberanian, Allah memberikan aku bahaya untuk aku atasi. Ketika aku memerlukan cinta, Allah memberikanku orang bermasalah untuk aku tolong. Ketika aku pohon bantuan, Allah memberikan aku kesempatan. Ketika aku tak pernah menerima apa yang aku minta, tapi aku menerima apa yang aku perlukan - IMAM GHAZAL

exzAm dah deKat....

setelah menghitung hari, akhirnya aku telah sampai ke medan perang untuk semesta pengajian aku kali ni... isnin ni dah stat study week... so kna pulung la ckit before masuk medan perang... aduh rasa takut pn ade la nk exzam ni... hahaha... lam masa nk exzam ni pn ade lg final project yang aku n group aku present... tension or camner pn aku kna tempuhi gak kan... semesta kali ni aku ade 5 paper... so agak penat la ckit... belajar,belajar,belajar... arini kite citer psl blajar... kite ni xabis2 kna blaja... mmg la kan sbb kite ni manusia, so kna la blajar... dr tadika sampai ke tahap degree dh pn kite blaja... so belajar ni byk sgt maksudnye... blaja ni xsemestinye kna blajar lam class, kna ade buku, kna ade pen, kna ade nota... blajar ni when kita mempelajari benda br lam hidup kita... so tu la kita pggil blaja... paper y kita wt lam kehidupan kita y baru dh kira kita blajarla tu kan...



gambar ultraman tengah belajar...

Tp cmner lak klu orang y susah nk blajar and y tak reti2 nk blaja... so aku kadang bila terpikir balik pasal orang cmni kesian lak... nape kita perlu malas belajar??? sedangkan belajar tu untuk kesenangan kita sendiri gak... macam mane kita nk atasi diri kita or masalah orang y malas nk blajar... sedangkan ultraman pn tau belajar, apetah lagi kita manusia biase ni..hehehe

Setakat ni jela dlu tuk arini... paper pn aku harap minggu study week ni aku and rakan-rakan aku yang len dapat pulung habis-habisan sebelum perang besar lam dewan exzam nanti, bukannya ambil peluang minggu study week ni tuk enjoy. pas exzam ni nk berpoyo-poyo ke, nk terbalikan kereta sepuluh buah sehari ke, nk wt paper pn wat la... janji study kou2 lu k... dan aku nak wish gudluck for the final exzam pada semua member2 aku and pada semua yang akan menghadapi final exzam.

Monday, April 27, 2009

kenapa kelantan kenapa???

Hari ni dh masuk 3hari selepas perlawanan akhir piala FA... walaupun kelantan kalah penalti dengan selangor, tp cerita tentang kekalahan kelantan masih disebut-sebut... terutama kepada peminat setia kelantan... aduh!!! kenapa kelantan boleh kalah... itu semua takdir... Allah telah menetapkan kemengan menjadi hak milik selangor... arini aku just nk cerita betapa hebatnya semangat orang-orang kelantan ni... pada malam perlawanan tu aku rasa cam duk lam negeri kelantan je... ya Allah, punya la ramai penyokong kelantan membanjiri stadium bukit jalil aritu...
mmg gempak giler... lam stadium tu xckup tempat duduk klu korang nk tau... dengan begitu ramainya penyokong kelantan!!! sebelum perlawanan bermula, level confident mmg high giler la kelantan akan menang piala FA 2009... tp nasib xmenyebelahi kami...





antara penyokong kelantan yang hadir untuk memberi sokongan kepada pemain bola kelantan di stadium bukit jalil pada perlawanan akhir piala FA


Walaupun kami pulang dengan penuh perasaan kecewa, kami tetap bersyukur... sbb game dr player kelantan agak hebat... perlawanan akhir piala FA ni dh membuktikan kelantan hebat...hahaha. sebab dpt masuk final, dh 39 tahun kelantan xleh masuk final... pada peminat-peminat bola sepak kelantan, jgn kecewa, insyaAllah tahun depan piala FA jd milik kita... "Gomo Klate Gomo" terima kasih pada semua penyokong kelantan... walaupun bermain di tempat orang, penyokong Cik Siti Wan Kembang tetap kuat... perlawanan ni cukup hebat membuktikan orang kelantan hebat... aku rasa bangga dgn semangat dari orang2 kelantan!!! syabas kelantan...



Hari perlawanan akhir piala FA 2009 juga hari pertemuan sahabat2 lama... ramai sahabat handai yang aku temui hari tu, ramai sgt member2 aku y dh lame aku xjumpe, last2 jumpa kt stadium bukit jalil... tq kelantan... kerana semua inilah kami rakyat kelantan tetap bersuyur...

antara sahabat-sahabat lama y aku temui masa perlawanan akhir piala FA 2009