Saturday, May 17, 2008

Salam Perkenalan

Salam kepada semua yang mengunjungi laman saya. Saya Mohd Faizal Bin Ismail yang berasal dari Kota Bharu Kelantan. 1 jun 1987 lahirlah seorang bayi yang telah diberi nama Mohd Faizal berbinkan kepada Ismail. Itulah tarikh lahir saya. Saya telah hidup di muka bumi ini selama 20 tahun 11 bulan. Saya dilahirkan dalam keluarga yang sederhana. Walaupun saya bukan lahir dari keluarga yang mewah, tapi saya kaya dengan kasih sayang yang diberikan oleh umi, ayah dan keluarga saya tercinta dan saya hidup penuh dengan kebahagiaan.

Saya mempunyai 7 orang adik beradik dan saya adalah anak yang keenam dalam keluarga saya dan saya mempunyai 2 orang abang, 3 orang kakak dan seorang adik lelaki. Umi saya hanya bekerja sebagai pembantu rumah sepenuh masa, manakala ayah saya adalah persara pegawai kesihatan. Semua abang dan kakak saya sudah bekerja, hanya saya dan adik bongsu saya sahaja yang masih menuntut ilmu.

Pada tahun 1994, saya mula mendaftar sebagai seorang murid di Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail Kota Bharu Kelantan. Saya ditempatkan di dalam darjah satu kuning. Ramai kenalan baru yang saya dapat sewaktu bersekolah di sini. Perasaan pada mulanya agak gementar untuk berhadapan dengan teman-teman baru, lama kelamaan saya menjadi selesa tambahan pula semua pelajar di sekolah saya adalah lelaki, kalau ade perempuan pn guru-guru je la. Sehinggalah pada 1999 saya menduduki peperiksaan UPSR. Hasil dari keputusan peperiksaan UPSR telah melayakkan saya untuk belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail yang juga berada di sekitar Kota Bharu Kelantan.

Apabila saya memasuki alam persekolah di peringkat menengah, satu kejutan budaya kepada saya kerana saya bukan lagi berada di sekolah seperti zaman sekolah rendah yang hanya belajar dan mempunyai teman lelaki sahaja. Saya terpaksa berhadapan dangan teman-teman baru saya dari kaum lelaki dan perempuan. Memandangkan dulu saya hanya bergaul dengan murid lelaki sahaja, saya agak malu dan perlakuan saya umpama seorang pelajar yang skima.. uhuhuu...
Akan tetapi perkara itu hanya berlaku dalam beberapa bulan sahaja. Saya mula mesra dengan teman-teman saya terutama pelajar perempuan..(*@*).. Pada tahun 2002 saya telah menduduki Peperiksaan Penilaian Menegah Rendah (PMR). Keputusan PMR saya agak kurang baik dan saya masih kekal berada di Sekolah Menengah Sultan Ismail. Hampir 2 tahun saya menelaah ilmu dan tibalah saat penentu hidup saya dengan berjuang dalam menghadapi Peperiksaan Sijil Persekolahan Menegah. Keputusan peperiksaan kali ini agak membanggakan. akan tetapi aku masih belajar di sekolah ini. Saya mengambil keputusan untuk belajar di tingkatan enam di sekolah ini. Cara pembelajaran saya amat berubah kerana banyak benda yang saya pelajari untuk menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Akhirnya saya mendapat 3 prinsipal.