Monday, August 23, 2010

Nyawa Tunjang Segala-galanya~



Empat perkara yang perlu sentiasa kita ingat

1. Umur - Sepanjang umur hidup kita ini, adakah kita menggunakan sepenuhnya masa umur kita kepada perkara yang di suruh oleh Allah dan Rasul kita. Adakah kita melakukan perkara yang disukai oleh Rasul kita??? Tidak takutkah kita pada apa yang kita lakukan sepanjang hayat kita ini.?? Kita tidak boleh lari walaupun sesaat masa yang kita gunakan semasa didunia ini daripada diSOAL di akhirat kelak oleh Allah s.w.t.

2. Ilmu - Sejauh mana kita pernah mendalami ilmu-ilmu Allah dan adakah kita menggunakan ilmu tersebut dengan cara yang betul iaitu ke jalan Allah s.w.t. Adakah ilmu yang kita perolehi selama ini kita berkongsi sesama kita demi Allah??? Kita juga tidak boleh lari daripada diSOAL tentang ilmu yang kita perolehi dan cara kita menggunakannya.

3. Akal Fikiran - Adakah kita sentiasa memikirkan tentang kehebatan Allah s.w.t dgn segala ciptaanNya dimuka bumi ini. Pernahkah kita berfikir untuk sentiasa taat pada perintahNya serta meninggalkan segala laranganNya. Sejauh mana kita memikirkan yang setiap amalan yang kita lakukan diterima olehNya???

4. Harta benda - Bagaimana kita menggunakan harta benda yang kita ada?? Adakah kita menggunakan kepada jalan Allah?? Pernahkah kita berkongsi harta yang kita ada kepada yang memerlukan dan memberi kepada mereka untuk HAK mereka seperti mana yang disarankan di dalam agama kita. Jika kita terlepas dari membahagikan harta kepada yang sepatutnya menerima HAK mereka semasa kita masih hidup ini. Apa yang boleh kita lakukan jika mereka MENUNTUT hak mereka di akhirat nanti.

Inilah yang boleh dikatakan nyawa tunjang segala-galanya, selagi kita bernyawa, selagi itu kita akan mempunyai umur. Dengan umur yang ada ini mampu membawa kita untuk mencari ilmu samada ilmu dunia atau ilmu akhirat. Melalui ilmu kita akan menggunakan akal fikiran kita untuk kehidupan kita samada untuk ke arah kebaikan atau sebaliknya. Meraka yang mempunyai ilmu dan akal fikiran yang sempurna akan mencari harta benda untuk kehidupan harianya. Itulah yang berlaku dalam kehidupan sebagai makhluk yang bergelar manusia. Sekadar untuk renungan bersama, Ramadhan pembawa berkat. Marilah kita meningkatkan amalan kita dan memperbaiki segala yang silap agar kita tidak terus terlanjur selagi Ramadhan bersama kita sebelum ia meninggalkan kita. salam

No comments: