Wednesday, September 8, 2010

Persiapan Menyambut Eidul Fitri pada 1 Syawal

Sejarah hari perayaan sebenarnya telah bermula sebelum kedatangan Islam. Ketika itu, Kota Madinah dipanggil Yathrib, sudahpn disambut hari perayaan. Menurut Anas R.A, apabila Rasulullah S.A.W berhijrah ke Madinah, Banginda menukarkan perayaan yang telah disambut sebelum ini dengan dua perayaan yang jauh lebih baik dan diberkati Allah iaitu Eidul Fitri (Hari Raya Puasa) dan Eidul Adha (Hari Raya Korban). Islam telah meletakkan garis panduan yang sempurna kepada seluruh umat Islam agar menyambut hari raya dengan menjaga segala-gala yang telah ditetapkan. Antara adab-adab tersebut ialah:-

1.BERSOLAT HARI RAYA SECARA BERJEMAAH.
Rasulullah S.A.W sentiasa melaksanakan solat hari raya secara berjemaah di padang atau lapangan terbuka. Ini akan memberi kemudahan san kesempatan kepada kaum wanita yang tidak dapat menunaikan solat hari raya kerana uzur untuk mendengar pesanan dan nasihat yang disampaikan melalui khutbah hari raya.

2. PERGI DAN BALIK DARI TEMPAT SOLAT MELALUI JALAN BERBEZA.
Disunatkan pergi dan balik dari tempat solat hari raya melalui jalan yang berlainan. Ini sebenarnya bertujuan agar kita dapat bertemu dengan lebih ramai orang yang berlainan dan memberi peluang kepada kita untuk bersalam-salaman dan memohon maaf zahir dan batin sesama kita.

3. MEMBAWA ANAK DAN ISTERI KE TEMPAT SOLAT.
Anak-anak dan isteri yang hadir bersama akan dapat mendengar peringatan dari khutbah yang disampaikan. Disamping itu dapat memberi peluang untuk anak-anak dan isteri merasa Keagungan Hari Raya dalam Islam dan saling bermaafan.

4. MENIKMATI MAKANAN SEBELUMKE MASJID.
Disunatkan di hari Raya Eidul Fitri untuk kita menikmati sedikit makanan sebelum kita menunaikan Solat Hari Raya. Ini memberi erti keizinan Syarak agar berbuka pada hari tersebut dan tidak boleh sama sekali perpuasa.

5. BERPAKAIAN CANTIK DAN KEMAS UNTUK MENUNAIKAN SOLAT.
Rasulullah S.A.W sentiasa berpakaian kemas termasuklah ketika melaksanakan Solat Hari Raya. Kita mestilah mempersiapkan pakaian tersebut lebih awal agar tidak tergopoh-gapah menjelang pagi 1 Syawal. Kita tdak dibenarkan sama sekali mengejek orang lain yang berpakaian lusuh kerana yang paling utama ialah kita kemas dan bersih bagi meraikan hari kemenangan kita.

6. MEMPERBANYAKKAN BACAAN TAKBIR.
Sejak malam hari Eidul Fitri iaitu selepas magrib sehingga imam datang untuk memulakan solat pada hari raya, umat Islam disunatkan memperbanyakkan bacaan takbir. Seharusnya umat Islam jangan terlalu di sibukkan dengan aktiviti persiapan raya sehingga meninggalkan peluang takbir ini. Ini adalah penting bagi meninggikan syiar Islam selain kaliamah Takbir tersebut amat dibenci oleh Syaitan.

7. MENGUCAPKAN SELAMAT DAN MENDOAKAN ANTARA SATU SAMA LAIN.
Apabila bertemu antara satu sama lain, hendaklah berjabat tangan dan mendoakan kebaikan dan diterima segala amalan yang dilakukan di Ramdhan. Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang baik. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman Baginda S.A.W ialah "Taqabbalallahu minna wa minkum" ertinya : "Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat sepanjang di bulan Ramadhan) daripada kami dan juga kamu"

8. MEMPERBANYAKKAN ZIARAH
Disamping ziarah dapat merapatkan silaturrahim, ia juga berperanan untuk mengangkat kesusahan yang dialami oleh orang lain. Dengan ziarah kita dapat mengetahui keadaan dan latar belakang saudara kita yang lain, khasnya pada hari Raya kita dapat membantu memberi kegembiraan kepada mereka yang susah.

*IMPORTANT NOTICE
- BEBERAPA KESALAHAN YANG BERLAKU DI HARI RAYA YANG DIANGGAP BIASA
Islam telah menggariskan adab-adab serta hukum yang tertentu dalam kehidupan. Keadaan ini kadang-kadang dipandang remeh khususnya dalam menghidupkan suasana hari raya. Antara kesalahan tersebut ialah:-

~ Berjambat tangan serta bersalaman di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika menziarahi rumah jiran dan rakan. Golongan yang tidak berumur tidak menegur golongan muda-mudi akibatnya mereka bersalam seolah-olah tidak ada batasan Syariat di hadapan mata kedua ibu bapa.

~ Had aurat yang dipandang kecil. Ketika berkumpul beramai-ramai, banyak lesalah yang melibatkan aurat diabaikan. Sebagai contoh adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah. Begitu juga tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat sehingga membolehkan abang ipar atau ipar lelaki melihat aurat yang terdedah.

~ Kaum wanita yang memakai wangian dan solekan melampau (ala artis) di musim perayaan lalu keluar dari rumah dan mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram.

~ Pakaian Wanita yang mendedah aurat dan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai. Kadang-kadang aurat telah ditutup, tetapi anggota badan NAMPAK dengan jelas.

dipetik dan diubahsuai dari risalah al-irsyad
terbitan Dewan Ulamak PAS Negeri & Lajnah Tarbiah
Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan

Monday, September 6, 2010

UCAPAN AIDILFITRI MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH SAW

~~~~~~~~~~ TAQABBALALLAHU MINNAA WA MINKUM~~~~~~~~~~~

Menjelang tibanya Syawal tidak lama lagi, pastinya kita sering menerima ucapan selamat dari ahli keluarga, sanak-saudara dan juga teman-teman. Bermacam-macam cara. Ada yang terlalu ringkas ucapannya, ada yang mengarang pantun (baik pantun serius mahupun pantun bernada gurau senda), dan ada juga yang mengucapkannya melalui ungkapan yang sangat puitis. Hakikatnya, semuanya mahu bermesra dan bergembira di hari kemenangan. Kemenangan setelah berjaya menjalani ibadah puasa selama sebulan di bulan Ramadhan. Justeru itu, sempena hari Lebaran, umat Islam akan memberi ucapan selamat kepada sesama Muslimin.

~~~~~~~~~~TAQABBALALLAHU MINNAA WA MINKUM~~~~~~~~~~

Rata-ratanya kesemua ucapan yang diberikan berbentuk doa dan lafaz maaf. Sungguh, tidak dinafikan, bagus sekali amalan sebegini. Tetapi adalah lebih bagus sekiranya ucapan selamat yang kita berikan itu berpandukan sunnah.

Persoalannya di sini, bagaimanakah ucapan selamat yang dilakukan Nabi dan para sahabat sempena menyambut Aidilfitri? Berkata Al-Hafidz Ibnu Hajar [Fathul Bari 2/446]: “Dalam ‘Al-Mahamiliyat’ dengan isnad yang hasan dari Zubair bin Nufair, ia berkata (yang maksudnya): Para sahabat Nabi SAW apabila bertemu pada hari raya, maka berkata sebahagian mereka kepada yang lainnya, “Taqabbalallahu minnaa wa minkum” (Semoga Allah menerima dari kami dan dari kamu semua).” Ibnu Qudamah dalam “Al-Mughni” (2/259) menyebutkan bahawa Muhammad bin Ziyad berkata: “Aku pernah bersama Abu Umamah Al-Bahili dan selainnya dari kalangan sahabat Nabi SAW. Mereka apabila kembali dari solat eid berkata sebahagiannya kepada sebahagian yang lain, “Taqabbalallahu minnaa wa minka” (Semoga Allah menerima dari kami dan darimu).

Begitulah ungkapan selamat yang diajarkan oleh Nabi kepada para sahabat. “Menerima” dalam ungkapan tersebut bermaksud menerima segala amal dan ibadah yang kita lakukan ketika di bulan Ramadhan.

Sunday, August 29, 2010

Fasa ke 3 dan fasa yang terakhir~

Bulan Ramadhan hanya tinggal 10 hari saja lg... Gunakan sebaik mungkin hari-hari terakhir ini untuk kita mencari keredhaanNya dan mendapat pembebasan dr api neraka atau memerdekakkan diri kita kepada Allah s.w.t

Saturday, August 28, 2010

Syarat Untuk Menjadi Hamba Allah s.w.t

Hanya 4 perkara yang perlu kita buat untuk menjadi hamba kepada Allah s.w.t atau ianya sebagai syarat sebagai hamba...

1) Sentiasa bertaubat - kita hendaklah sentiasa bertaubat kepadaNya di atas segala perbuatan yang kita lakukan kerana kita sebagai manusia biasa tidak akan lari dari melakukan dosa samada dosa kecil mahupun dosa besar. Tidak kira ia berlaku atau dilakukan dalam kita sedar atau tidak sedar.

2) Sentiasa memohon doa - kita perlu sentiasa memohon doa kepadaNya, kerana hanya kepada Allah s.w.t shj kita mampu meminta pertolongan... Berdoalah kepadaNya selagi kita diberi peluang dan kesempatan untuk berdoa...

3) Sentiasa bersyukur - seperti mana yang kita tahu, bersyukur tidak boleh lari dari edup kita.. kita perlu sentiase bersyukur

4) Sentiasa redha dengan ketentuan Allah - sentiap dugaan dan cabaran dari Allah s.w.t samada ada dugaan hidup y baik atau sebaliknya.

InsyaAllah, kita akan menjadi hamba sebenar kepada Allah s.w.t

cinta




Ada kekasih yang membuktikan cintanya dengan jutaan kalimat pujian dan rayuan..

Ada pula dengan sikap nan penuh kasih..

Tak sedikit dengan pengorbanan yang meluluh lantakkan harga diri..

Ada pula dengan menguras tenaga dan materi..

Namun bagiku..Aku mencintaimu dengan menundukkan wajahku padamu,bukan karena ku ingin berpaling darimu,tapi karena ku ingin menjaga pandanganmu dari panah-panah iblis..

Ku mencintaimu dengan tidak melemah lembutkan suaraku padamu,bukan karena aku ingin menyakitimu,namun karena aku ingin menjaga hatimu dari bisikan syaitan yang menipu..

Ku mencintaimu dengan menjauh darimu,bukan karena ku membencimu,namun karena ku ingin menjagamu dari khalwat yang menjebak..

Ku mencintaimu dengan menjaga dirimu dan diriku..Menjaga kesucianmu dan kesucianku..Menjaga kehormatanmu dan kehormatanku..Menjaga kebeningan hatimu dan hatiku..

Cinta..Tak mengapa saat ini kita jauh,karena kelak Allah yang akan menyatukan kita dalam ikatan sucinya..Karena itu jauh lebih berarti..Jauh lebih abadi..

Karena ku yakin..Janji Allah adalah pasti,wanita yang baik untuk laki-laki yang baik..

Seperti inilah ku mencintaimu..Dengan menjaga kesucian diri, jiwa, dan hatiku..Hanya untuk ku persembahkan padamu kelak..

Oleh karena itu cinta..Jaga kesucian cintamu juga hanya untukku..

Yaa Rabb,,pada-Mu ku titipkan cintaku padanya.. ..

By: Widyastuty Alif Amrollah..

Wednesday, August 25, 2010

bERpantuN La pULak. hehehe


Salam dihulur kasih diterima,
Agar ikatan terjalin mesra,
Syaaban berlalu Ramadhan menjelma,
Tingkatkan amalan hadkan selera…

Hubungan terikat sesama manusia,
Hati bertaut rasa dikongsi,
Nafsu disekat elakkan dosa,
Hati disuci pelbagai dimensi…

Bukan mudah menahan diri,
Bukan sukar mengawal situasi,
Tekadkan nurani tegarkan diri,
Ingatlah Yg Maha Melihat sentiasa di sisi…

Selera dijamah sebelum Subuh,
Azan Maghrib tanda berbuka,
Sebulan cuma Ramadhan berlabuh,
Mohon berkat selagi mata terbuka…

Siang bertahan menghitung waktu,
Terawih tak lupa di malam hari,
Mahmudahkan diri setiap waktu,
Walau Ramadhan kan pergi esok hari...

Puasa~~~


Semalam isu hangat di Facebook mengenai seorang anak Melayu yang menghina puasa di status Facebook beliau serta mendapat sokongan kawan-kawannya yang kononnya moden sangat. Kesian pada budak ni mungkin dia kurang diberi didikan awal agama oleh ibu bapanya yang kaya harta dunia tetapi terlupa nak hantar anaknya belajar agama.

PUASA memiliki banyak hikmah dan manfaat untuk tubuh, ketenangan jiwa, dan kecantikan. Semasa berpuasa, organ-organ tubuh dapat beristirehat dan sel dalam tubuh boleh berkumpul untuk bertahan. Puasa juga boleh mengeluarkan kotoran, toksin/racun dari dalam tubuh, meremajakan sel-sel tubuh dan menggantikan sel-sel tubuh yang sudah rosak dengan yang baru serta untuk memperbaiki fungsi hormon, menjadikan kulit sihat dan meningkatkan daya tahan tubuh kerana manusia mempunyai kemampuan terapi secara semulajadi.

Puasa dapat membuat kulit menjadi segar, sihat, lembut, dan berseri. Kerana setiap saat tubuh mengalami metabolisme tenaga, iaitu peristiwa perubahan dari energi yang terkandung dalam zat gizi menjadi tenaga potensi dalam tubuh. Sisanya akan disimpan di dalam tubuh, sel ginjal, sel kulit dan kelopak mata serta dalam bentuk lemak dan glikogen.


Beberapa cendekiawan telah melakukan beberapa ujian tentang puasa diantaranya secara ringkas dibawah ini:

1. Allan Cott, M.D.,Seorang pakar dari Amerika Syarikat, telah menghimpun hasil pengamatan dan penelitian para ilmuwan berbagai negara, lalu menghimpunnya dalam sebuah buku Why Fast iaitu berbagai hikmah puasa, antara lain: a. To feel better physically and mentally (merasa lebih baik secara fizikal dan mental).b. To look and feel younger (merasa lebih muda).c. To clean out the body (membersihkan badan)d. To lower blood pressure and cholesterol levels (menurunkan tekanan darah dan kadar lemak.e. To get more out of sex (lebih mampu mengendalikan seks).f. To let the body health itself (membuat badan sihat dengan sendirinya).g. To relieve tension (mengendurkan ketegangan jiwa).h. To sharp the senses (menajamkan fungsi sense).i. To gain control of oneself (memperolehi kemampuan mengendalikan diri sendiri).j. To slow the aging process (memperlambat proses penuaan).
ebook fast Antara buku tulisan Allan Cott, M.D berkaitan puasa.

2. Dr. Yuri Nikolayev
Pengarah bahagian diet di Moscow menilai kemampuan untuk berpuasa yang mengakibatkan orang yang menjalaninya boleh menjadi awet muda, sebagai suatu penemuan (ilmu) terbesar abad ini. Beliau mengatakan: what do you think is the most important discovery in our time? The radioactive watches? Exocet bombs? In my opinion the bigest discovery of our time is the ability to make onself younger phisically, mentally and spiritually through rational fasting. (Menurut pendapat anda, apakah penemuan terpenting pada abad ini? Jam radioaktif? Bom exoset? Menurut pendapat saya, penemuan terbesar dalam abad ini ialah kemampuan seseorang membuat dirinya tetap awet muda secara fizikal, mental, dan spiritual, melalui puasa yang rasional).

3. Alvenia M. FultonDirektor Lembaga Makanan Sihat “Fultonia” di Amerika Syarikat menyatakan bahawa puasa adalah cara terbaik untuk memperindah dan mempercantik wanita secara semulajadi. Puasa menghasilkan kelembutan pesona dan daya pikat. Puasa menormalkan fungsi-fungsi kewanitaan dan membentuk kembali keindahan tubuh (fasting is the ladies best beautifier, it brings grace charm and poice, it normalizes female functions and reshapes the body contour).

4. Muzam MG, Ali M.N dan HusainBerpendapat bahawa puasa juga selamat untuk pesakit yang mempunyai gangguan ulser. Penelitian dilakukan oleh Muzam MG, Ali M.N dan Husain dalam tindakan terhadap kesan puasa ramadhan terhadap sakit perut.

5. Elson M. Haas M.D.Direktor Medical Centre of Marin (sejak 1984) mengatakan dalam puasa merupakan bahagian dari trilogy nutrision, balancing, building( toning). Elson percaya bahwa puasa adalah bahagian yang hilang “missing link” dalam diet di dunia barat. Kebanyakan orang di barat over eating atau terlalu banyak makan, makan dengan protein yang berlebihan dan lemak yang berlebihan. Sehingga ia menyarankan agar orang lain mulai mengatur makanannya agar lebih seimbang dan mulai berpuasa, kerana puasa bermanfaat sebagai: purifikasi, peremajaan, istirahat pada organ pencernaan, anti aging, mengurangi alergi, mengurangi berat badan, mengawal mental dan emosi, perubahan kebiasaan dari kebiasaan makan yang buruk menjadi lebih seimbang dan lebih terkawall, meningkatkan daya tahan tubuh.
Puasa dapat mengubati penyakit seperti Influeza, bronkitis, diare, konstipasi, alergi makanan, asma, aterosklerosis, penyakit jantung koroner, hipertensi, diabetes, obesitas, kanker, epilepsi, sakit pada punggung, sakit mental, angina pectoris (sakit dada kerana jantung), panas dan insomnia.

6. Dr Sabah al-Baqir dan kawan-kawanMengatakan bahawa puasa dapat mengurangi jumlah hormon melawan stress. Dia bersama kumpulan dari Falkuti kedoktoran Universiti King Saud yang melakukan studi terhadap hormon prolaktin, insulin dan kortisol, pada tujuh orang laki-laki yang berpuasa sebagai sampel. Hasilnya bahawa tidak ada perubahan signifikan pada level kortisol. Prolaktin, dan insulin. Ini menunjukkan bahawa puasa bulan ramadhan bukanlah pekerjaan yang memberatkan, dan tidak mengakibatkan tekanan mental maupun saraf.

7. Dr Riyadh Sulaiman dan kawan-kawanTahun 1990 dari RS Universiti King Khalid, Riyadh Saudi melakukan penelitian terhadap pengaruh puasa Ramadhan terhadap 47 penderita diabetes tahap kedua (pesakit yang tidak tergantung insulin). Dan sejumlah orang sihat. Hasil penelitian menunjukkan bahawa puasa bulan ramadhan tidak menimbulkan penurunan berat badan yang signifikan. Tidak ada pengaruh apapun yang bererti pada kawalan penyakit diabetes diabetes dikalangan penderita ini. Sejauh ini puasa Ramadhan selamat sahaja bagi penderita diabetes sejauh dilakukan dengan kesedaran dan kawalan makanan serta ubat-ubatan.

8. Dr. Muhammad MunibDan kawan-kawan dari Turki juga melakukan sebuah kajiselidik terhadap seratus responden muslim, Sampel darah mereka diambil sebelum dan diakhir bulan ramadhan, untuk dilakukan analisis dan pengukuran terhadap kandungan protein, total lemak (total lipid), lemak fosfat, asam lemak bebas, kolesterol, albumin, globulin, gula darah, tryglycerol, dan unsur-unsur pembentuk darah lainnya, dan didapat, antara lain bahwa terjadi penurunan umum pada kadar gula (glukosa) dan tryacyglicerol orang yang berpuasa, terjadinya penurunan parsial dan ringan pada berat badan, tidak terlihat adanya aseton dalam urin, baik dalam awal maupun akhir puasa, sebab sebelum puasa ramadhan, kenyataan ini menegaskan tidak adanya pembentukan zat-zat keton yang berbahaya bagi tubuh selama bulan puasa islam, Dengan keutamaan puasa, glikogen dalam tubuh mengalami peremajaan, memompa gerakan lemak yang tersimpan, sehingga menghasilkan energi yang lebih meningkat.
Sejak zaman dulu puasa dipakai sebagai pengubatan yang terbaik seperti kata Plato bahwa puasa adalah untuk mengubati sakit fizikal dan mental. Philippus Paracelsus mengatakan bahwa “Fasting is the greatest remedy the physician within!”

Puasa sudah diakui menjadi penyembuh terhebat dalam menangani penyakit, bahkan di Amerika ada pusat puasa yang diberi nama “Fasting Center International, Inc”, Director Dennis Paulson yang berdiri sudah sejak 35 tahun yang lalu, dengan pesakit dari 220 negara. Yang mencadangkan Puasa dalam:(1) program penurunan berat badan,(2) mengeluarkan toxin tubuh,(3) puasa dapat memperbaiki energy, kesehatan mental, kesehatan fisik dan yang paling terpenting meningkatkan kualiti hidup.